Baju Kurung Tunku Tun Aminah Ini Direka Beliau Sendiri Dan Dijahit Oleh Banduan Penjara
Terserlah sifat rendah diri Tunku Tun Aminah. :)
Pada 14 Ogos 2017, Tunku Tun Aminah telah selamat diijabkabul dengan Dennis Muhammad Abdullah, seorang jejaka dari Belanda
Istiadat pernikahan telah diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru dalam satu majlis yang penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor.
Pasangan DiRaja ini kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional negeri Johor iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih.
Yang paling mendapat perhatian orang ramai tentunya busana putih yang dipakai oleh puteri tunggal Sultan Johor itu yang tampak begitu simple dan elegan
Ramai yang terkejut dan pada masa yang sama memuji pilihan Tunku Tun Aminah untuk tampil secara sederhana dengan hanya mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga berwarna putih. Busana perkahwinan yang simple itu serta merta menjadi buah mulut rakyat jelata di media sosial.
Semua sudah pun maklum dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarga DiRaja Johor. Disebabkan itulah ramai yang tidak menyangka Tunku Tun Aminah tidak memilih untuk bergaya dengan baju pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen ternama negara.
Sebaliknya, hanya sepasang baju kurung putih menjadi pilihan Tuan Puteri.
Ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu tentang siapakah sebenarnya pereka baju kurung stylish ini.
Ini kisah disebalik busana perkahwinan Tunku Tun Aminah...
Sebenarnya, Baju Kurung Teluk Belanga yang dipakai Tunku Tun Aminah itu telah direka oleh beliau sendiri, manakala fabriknya pula direka oleh ibu saudaranya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lebih menarik, busana ini dihasilkan dan dijahit dengan penuh dedikasi oleh banduan Penjara Penor di Kuantan, Pahang. Tunku Azizah begitu bangga dan terharu dengan sifat rendah diri Tunku Tun Aminah yang sudi memakai baju kurung itu pada hari bahagia beliau.
"Apa yang penting ialah bukan tentang siapa perekanya. Tetapi hakikat bahawa busana itu ditenun oleh banduan penjara khusus untuk Puteri Johor. Kami rasa sangat rendah hati Tunku Tun Aminah memilih untuk memakainya," tulis Tunku Azizah di Twitter.
Tenun DiRaja Pahang merupakan fabrik berkualiti tinggi yang dicipta menggunakan alat tenunan tradisional
Pada asalnya, fabrik ini hanya dipanggil Tenun Pahang.
Tetapi kegemilangannya dalam menghasilkan tekstil eksklusif berkualiti tinggi, terutama untuk keluarga DiRaja Pahang telah menaikkan status fabrik ini kepada DiRaja pada tahun 2006 oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.