Baju Melayu Hipster: Fesyen Raya 2015 Yang Lagi "Panas" Daripada Pisang Goreng
Baju Melayu sudah dihipsterkan. Selepas ini mungkin Cheongsam, Dhoti dan macam-macam lagi pakaian tradisional akan turut mendapat sentuhan yang sama.
Pereka fesyen popular, Zery Zamry tampil dengan rangkaian koleksi Baju Melayu Hipster dengan sentuhan moden untuk Hari Raya Aidilfitri 2015
Zery Zamry mengambil keputusan untuk memperbaharui Baju Melayu tanpa mengubah nilai etnik sesebuah pakaian berkenaan
Untuk koleksi Raya 2015 ini, Zery Zamry mencipta reka Baju Melayu menggunakan konsep Geometri dan Grafik Moden, serta memilih beberapa koleksi siri termasuk, 'Dark Series', 'Colour Series', 'Printed Series' dan 'Army Series'
"Saya juga memilih untuk menyuntik nafas segar bagi rekaan Teluk Belanga dan Cekak Musang tanpa menggunakan 'pesak' di dalam rangkaian Koleksi Hipster Melayu," kata Zery.
bharian.com.myJika mahukan gaya yang lebih santai, Zery Zamry juga melancarkan rekaan 'Jubah' dan 'Kurta' dalam koleksi ini
"There are certain things in this world that supposed to be as it is. For example, Baju Melayu," komen seorang netizen.
Jika dilihatkan menerusi ruangan komen, Baju Melayu Hipster banyak menerima kritikan pedas. Rata-rata menganggap koleksi ini seolah-olah mencemar tradisi dan kesucian Baju Melayu.
Ada juga yang membangkitkan isu kaum Melayu yang dilihat terlalu obses dengan trend masa kini sehingga sanggup merosakkan budaya turun-temurun. Anda setuju?
Namun begitu, dimana ada haters disitu juga ada followers. Bagi sesetengah pihak, sentuhan moden yang diberikan Zery Zamry keatas Baju Melayu ini lebih segar, lebih cantik dan mengikuti peredaran zaman.
Tidak kurang juga dengan orang yang memuji hasil rekaan Zery Zamry, serta yang tidak sabar mendapatkan koleksi Baju Melayu Hipster ini untuk dipakai setibanya Aidilfitri nanti
Ini bukanlah kali pertama Zery Zamry memperkenalkan Baju Melayu Hipster. Menurutnya, cubaan pertamanya tahun lalu juga mendapat sambutan hangat, terutamanya daripada YB Khairy Jamaluddin yang membeli 6 pasang.
Selain Zery Zamry, tahun lalu juga kita saksikan koleksi Baju Melayu Hipster keluaran Andres Avenue. Amacan OK atau tak OK?
Apa-apa pun, bagi yang berminat untuk menjadi antara yang pertama miliki 'Baju Melayu Hipster by Zery Zamry', kesemua 27 koleksi sudah mula dijual di Zalora sejak semalam. Harga bermula dari RM380 sepasang.
Info lanjut boleh didapatkan di Instagram Zery Zamry dan untuk membuat tempahan boleh layari zalora.com.my.
Akhir sekali, Zery Zamry mempersoalkan, "Baju kurung pun baju tradisonal tetapi adanya baju kurung moden. Kenapa nak kecohkan baju Melayu yang sememangnya menutup aurat?"
Kalau tak nak beli Baju Melayu Hipster untuk Hari Raya ini, apa kata beli kek Swiss Roll. Boleh hidang bagi tetamu makan.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!