19 Banglo Dan Vila Sewaan Untuk Percutian Sekeluarga Yang Lebih Mewah & Epik

Kalau sebelum ini anda selalu menginap di hotel atau di chalet, sudah tiba masanya untuk tukar selera.

1. Rumah Perak Boutique Villa @ Batu Feringghi, Pulau Pinang

Terletak di Batu Feringghi, betul-betul di hadapan Pasar Malam, Rumah Perak Boutique Villa mempunyai 6 unit bilik tidur peribadi dengan pemandangan laut. Wifi percuma boleh diakses di kawasan awam. Vila mewah ini menawarkan penghawa dingin, kemudahan pancuran mandi air panas dan TV skrin rata. Ia mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta dapur kecil dengan peti sejuk dan cerek elektrik. Bilik-bilik dilengkapi dengan sama ada balkoni berkongsi atau peribadi.

Facebook: facebook.com/RumahPerakBoutiquevilla

Alamat: No 72 Jalan Batu Feringghi, 11100 Pulau Pinang
Telefon: 013-3881272

2. Michelle's Villa, Moonlight Bay @ Batu Feringghi, Pulau Pinang

Dimiliki seorang wanita bernama Michelle, vila mewah ini merangkumi 4 tingkat sesuai untuk penginapan seisi keluarga. Ia juga dilengkapi 3 bilik tidur dengan tema yang unik, ruang tamu, ruang makan dan dapur dengan kelengkapan penuh, balkoni, bilik permainan, bilik mahjong, dan kolam renang persendirian.

Laman web: www.airbnb.com.my

Alamat: Jalan Moonlight Bay, Batu Feringghi, Pulau Pinang

3. Semi-D Comfyhome @ Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Semi-D Comfyhome adalah sebuah rumah jenis berkembar yang sangat luas dan dijamin selesa bagi tetamu yang mengidamkan rumah penginapan di Pulau Pinang. Terletak di Tanjung Bungah, rumah ini hanya 5 minit berjalan kaki ke salah satu pantai terkenal di kawasan itu. Rumah ini juga menawarkan Wi-Fi percuma di semua bilik dan seluruh kawasan bagi memastikan keselesaan yang terbaik.

Laman web: www.airbnb.com.my

Alamat: Tanjung Bungah, Pulau Pinang

4. Limastiga @ Umbai, Melaka

Limastiga menawarkan kehidupan selesa yang bijak menggabungkan seni bina moden dengan gaya kampung. Tempat ini mempunyai enam bilik keluarga luas, terletak dalam tiga buah villa dengan pemandangan mengagumkan di sekitarnya. Sebuah kolam renang besar terletak di tengah-tengah kawasan banglo yang penuh dengan kehijauan. Lengkap dengan kemudahan terbaik dan akses mudah kepada tempat-tempat menarik berdekatan, Limastiga adalah sebuah villa percutian mesti-kunjung untuk pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Laman web: www.limastiga.com
Facebook: facebook.com/Limastiga

Alamat: 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka
Telefon: 06-2832082 (waktu pejabat) atau 012-6237687 (Siti)
Email: [email protected]

5. Desa Balqis @ Kuala Linggi, Melaka

Desa Balqis menampilkan rekaan rumah kayu kontemporari unik yang direka berlandaskan inspirasi rumah Melayu tradisional. Tempat ini sangat sesuai untuk penginapan bermakna yang berbeza daripada kehidupan bandar yang sibuk. Desa Balqis juga adalah tempat yang sempurna bagi menganjurkan acara-acara seperti team building, hari keluarga, perkahwinan, dan banyak lagi. Persekitaran yang tenang dan mendamaikan benar-benar menjadikan Desa Balqis sebuah mutiara di Kuala Linggi, Melaka.

Laman web: www.desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis

Alamat: Kuala Linggi, Kampung Kuala Linggi, Melaka
Telefon: 03-40227728 (waktu pejabat)
Email: [email protected]

6. Agrofarmstay Villa @ Melaka

Agrofarmstay Villa menyajikan persekitaran yang selesa dan eksklusif kepada tetamu. Ia terletak di kawasan seluas 30 ekar dikelilingi oleh pokok-pokok durian dan kelapa sawit. Vila ini dilengkapi dengan dapur, 2 bilik tamu yang luas, ruang makan, 7 bilik tidur berhawa dingin dengan bilik mandi, TV Astro, kolam renang dan tempat letak kereta berbumbung.

Laman web: www.agrofarmstay.my
Facebook: facebook.com/agrofarmstay

Alamat: Lot 453 Batu 13 Jalan Tebong / Machap 76100 Durian Tunggal, Melaka.
Telefon: 012-2118246 atau 016-2098623
Email: [email protected]

Image via www.agoda.com

Image via www.agoda.com

Image via www.agoda.com

Image via www.agoda.com

Image via www.agoda.com

Image via www.agoda.com

Image via www.agoda.com

7. Terrapuri @ Setiu, Terengganu

Terrapuri (The Land of Palaces) merupakan sebuah projek pemuliharaan dan pemulihan rumah Melayu Klasik Terengganu. Ia menampilkan rumah-rumah klasik dengan ciri-ciri antik yang telah berusia ratusan tahun. Susun atur dan kawasan sekitar pusat peranginan ini diilhamkan oleh Istana Terengganu pada abad ke-17. Terrapuri terdiri daripada 20 villa eksklusif dipulihkan, galeri dan sebuah rumah pantai.

Laman web: www.terrapuri.com
Facebook: facebook.com/Terrapuri

Alamat: Kampung Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu
Telefon: 09-6245020
Email: [email protected]

8. Damai Beach Front Retreat @ Marang, Terengganu

Damai merupakan sebuah rumah pantai yang terdiri daripada 3 bilik tidur berhawa dingin dan bilik mandi setiap satu, kolam renang peribadi, dapur yang serba lengkap, meja makan untuk 10 orang, ruang tamu yang luas, bilik pembantu rumah dengan bilik mandi di dalamnya. Hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Laman web: www.airbnb.com

Alamat: Lot 50, Jalan Kuala Terengganu-Dungun, Marang, Terengganu

Image via www.airbnb.com

Image via www.airbnb.com

Image via www.airbnb.com

Image via www.airbnb.com

Image via www.airbnb.com

Image via www.airbnb.com

9. Casa Titik @ Cherating, Pahang

Casa Titik adalah sebuah vila keluarga yang direka dalam gaya yang simple dan cantik dengan inspirasi dari negara Sepanyol. Terletak hanya beberapa langkah dari pantai Cherating menjadikan Casa Titik satu destinasi percutian santai terbaik bagi mereka yang ingin menikmati keselesaan rumah dalam suasana yang mesra dan damai di tepi laut yang memukau setiap mata memandang.

Laman web: www.casatitik.com
Facebook: facebook.com/casatitik

Alamat: 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, 26080 Kampong Cherating, Pahang
Telefon: 019-9389620 atau 09-5819284
Email: [email protected]

10. The Brick House, Eight Acres @ Raub, Pahang

Eight Acres, sebuah tanah dengan persekitaran alam yang tenang dan tapak semaian untuk jiwa yang bahagia, bagaikan melihat syurga dalam diri sendiri. Ia adalah tempat untuk menyemarakkan semula hubungan, sebuah tempat untuk memupuk jiwa, dan mencambahkan perasaan cinta terhadap alam semulajadi. Ia juga dibina dalam usaha memberikan syurga di atas bumi kepada manusia.

Laman web: www.eightacres.net
Facebook: facebook.com/8Acres

Alamat: Lot 7822, Mukim Gali, Off Jalan Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang
Telefon: 603-78775048
Email: [email protected]

11. Orchard Villa @ Genting Highlands, Pahang

Orchard Villa adalah sebuah vila mewah eksklusif yang terletak di puncak bukit yang indah, di kawasan tanah tinggi di Genting Highlands. Dengan keluasan sehingga 4 ekar, vila ini dilengkapi taman-taman dan kebun termasuk taman permainan, permainan memanah, golf mini, memancing dan paintball.

Laman web: www.airbnb.com
Facebook: facebook.com/orchardvilla.rrjb

Alamat: Kampung Sumsum Hulu, 28700 Bentong Town, Pahang
Telefon: 013-3697460
Email: [email protected]

12. Tropika Getaway at Rainforest Sanctuary @ Genting Sempah, Pahang

Tropika Getaway at Rainforest Sanctuary merupakan tempat untuk menikmati pemandangan yang indah dengan udara segar dan cahaya matahari sepanjang tahun. Diadun dengan kehijauan alam semula jadi, kicauan burung-burung liar pada waktu pagi dan pemandangan Genting Highlands yang memukau dari balkoni, vila yang terletak kira-kira 2200 kaki dari aras laut ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Laman web: www.sritropika.com.my
Facebook: facebook.com/tropikagetaway

Alamat: 65 Jalan Rimba 2, Taman Puncak Rimba, Genting Sempah, 28750 Pahang
Telefon: 03-80768889
Email: [email protected]

13. The Shorea @ Seremban, Negeri Sembilan

The Shorea adalah tempat percutian keluarga seorang arkitek, yang dibina dalam rizab hutan tropika di Seremban. Vila terpencil yang dibina di atas bentuk muka bumi semula jadi ini, dengan laluan yang berliku-liku menuju ke hutan, disertakan dengan air terjun dalam Hutan Simpan Berembun; merupakan percutian hutan yang pasti tidak mahu dilepaskan. Nama 'Shorea' diambil daripada kira-kira 196 spesies pokok hutan hujan yang meliputi Balau, Chengal, Merangti, Keruing, dan lain-lain. Resort ini dibina dengan menggunakan spesies kayu Shorea dari sumber tempatan.

Laman web: www.theshorea.com
Facebook: facebook.com/TheShorea

Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 017-3005600 (Eng & BM) atau 017-3385698 (Eng & CN)
Email: [email protected]

14. De Shahruls - Sanctuary By The Sea @ Port Dickson, Negeri Sembilan

Nikmati banglo De Shahruls dengan seni bina unik seperti sebuah bot dilengkapi 3 bilik tidur beserta dapur dan kawasan ruang tamu yang besar. Rumah seluas 3 ekar ini terletak di jalan yang tenang di tepi jalan utama yang menghubungkan Port Dickson dengan Melaka. Ditemani laut nyaman, taman yang dikelilingi pokok palma yang subur dan daya tarikan tropika, rumah 'perahu' ini mampu memang satu destinasi percutian sesuai untuk seisi keluarga.

Laman web: www.airbnb.com.my

Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan

15. The Banjaran Hotsprings Retreat @ Ipoh, Perak

Dianugerahkan dengan alam sekeliling yang cantik, The Banjaran Hotsprings Retreat berbangga menjadi tempat percutian mewah pertama di Malaysia dengan air panas semula jadi untuk kesihatan. Ia direka secara holistik bagi menyerap kedamaian sambil bersantai, mengembalikan kesejahteraan badan, menyemarakkan cinta, mencetuskan idea inspirasi, dan mewujudkan pengalaman berbeza yang pasti sukar dilupakan.

Laman web: www.thebanjaran.com
Facebook: facebook.com/banjaranhotspring

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak
Telefon: 05-2107777
Email: [email protected]

16. Villa Tanjung Wan, Belum Rainforest Resort @ Gerik, Perak

Terletak di dalam dusun tebal hutan tropika, Villa Tanjung Wan adalah sebuah rumah percutian yang menerapkan elemen keterbukaan dan privasi. Rumah ini direka dengan konsep terbuka bagi merasai suasana tropika di luar rumah, tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan privasi dan keselamatan. Vila ini menggunakan pengudaraan yang hutan semula jadi, tetapi memerlukan hawa dingin apabila ditutup. Konsep santai dan tidak formal mencerminkan tradisi asia yang kontemporari, moden, dan segar.

Laman web: www.belumresort.com
Facebook: facebook.com/belumresort

Alamat: Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak
Telefon: 05-7916800
Email: [email protected]

17. Sekeping Tenggiri @ Bangsar, Kuala Lumpur

Kumpulan Sekeping Retreats membawakan Sekeping Tenggiri yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Jika dilihatkan pada gambar, agak sukar dipercayai bahawa banglo 7 bilik ini betul-betul terletak di tengah kota. Menawarkan konsep banglo dalam hutan, Sekeping Tenggiri sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.

Laman web: www.sekeping.com
Facebook: facebook.com/sekepingretreats

Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur
Telefon: 017-2075977
Email: [email protected]

18. Bird Of Paradise, Bamboo Village @ Ulu Langat, Kuala Lumpur

Bertemakan rumah yang diperbuat daripada buluh, Bamboo Village sememangnya menjadi destinasi pilihan penduduk di kota raya untuk menyelami alam semula jadi yang terletak hanya 45 minit dari bandar. Konsep hutan dalam bandar yang diterapkan menjadikannya unik, sekaligus menarik minat para bacpackers untuk bermalam di situ.

Laman web: www.bamboo-village.blogspot.com
Facebook: facebook.com/bamboo.village

Alamat: Lorong Serai 4, Sungai Serai Batu 11, Hulu Langat, 43100 Kuala Lumpur
Telefon: 019-2275620
Email: [email protected]

19. Dream World Resort @ Kundasang, Sabah

Dream World Resort merupakan satu tempat percutian di tengah-tengah awan. Dibina di puncak bukit yang menyegarkan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat mengagumkan, disertakan pemandangan panorama Kundasang yang sering diselaputi awan berkabus, menjadikan ia tempat ini seolah-olah syurga di atas bumi.

Laman web: www.dreamworldkundasang.com

Alamat: Jalan Mesilau Golf Club, 89703 Kundasang, Ranau, Sabah
Telefon: 011-29889733
Email: [email protected]

Leave a comment