Bapa Belasah Anak Guna Kabel Brek Basikal Sebab Curi 'Handphone'. Wajarkah?
Adakah tindakan seorang bapa ini melampau?
Seorang Anak Ditendang Di Kaki Dan Tangan, Dicekik Leher Dan Dipukul Menggunakan Kabel Brek Basikal Oleh Bapanya Selepas Tindakannya Mencuri Telefon Bimbit Sepupunya Dapat Dikesan
Seorang bapa hilang pertimbangan apabila sanggup memukul anaknya yang berusia 12 tahun menggunakan kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan sehingga cedera selepas mendapati anaknya itu mencuri telefon bimbit sepupunya dalam kejadian di Pasir Hor, Kota Bharu pada Khamis, 30 Oktober 2014.
hmetro.com.myDalam Kejadian Itu, Mangsa Dibelasah Bapanya Di Rumah Sepupunya Sebaik Memulangkan Kembali Telefon Bimbit Berkenaan. Mangsa Kemudian Dibelasah Dengan Lebih Teruk Selepas Pulang Ke Rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 38 tahun membawa anak ke rumah sepupunya untuk menyerahkan kembali telefon bimbit dicuri.
hmetro.com.myKatanya, sebaik mangsa menyerahkan telefon bimbit itu, bapanya mengambil kabel brek basikal di bawah rumah dan memukul mangsa.
blogspot.com"Mangsa dibawa pulang ke rumahnya sebelum sekali lagi dipukul dengan kabel berkenaan, dicekik leher dan ditendang kaki serta tangan," kata Lai Yong Heng.
hmetro.com.myMangsa Yang Mengalami Kecederaan Teruk Dengan 19 Kesan Lebam Di Belakang Dan Depan Badan, Punggung, Kaki Serta Tangan Dihantar Ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Untuk Dirawat
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa mengalami kecederaan dengan 19 kesan lebam di belakang dan depan badan, punggung, kaki serta tangan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh neneknya untuk dirawat.
blogspot.comApabila Ditanya Adakah Dia Kini Berdendam Dengan Bapanya, Mangsa Menjawab, "Tidak". Dia Menganggap Tindakan Bapanya Itu Untuk Memberi Pengajaran Supaya Dia Tidak Melakukan Kesalahan Sama.
“Saya tidak menyimpan dendam kepada bapa, malah saya anggap ini sebagai pengajaran."
hmetro.com.my“Saya tidak menyangka bapa akan bertindak sedemikian. Ini satu pengajaran yang sangat berguna dan saya sudah insaf serta berjanji tidak akan ulangi kesalahan sama,” kata kanak-kanak berusia 12 tahun itu.
hmetro.com.myKanak-Kanak Itu Bagaimanapun Mengaku Telah Mencuri Telefon Bimbit Sepupunya. Dia Turut Menceritakan Detik Ketika Dia Dibelasah Teruk Oleh Bapanya Itu.
“Saya mengaku mencuri telefon bimbit kerana disuruh abang sebelum bapa berjanji menyerahkan sendiri telefon itu pada jam 10.30 malam,” katanya.
malaysianreview.comDia berkata, sebaik telefon diserahkan, bapa mengheretnya masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu sebelum merotan belakang badan dan memukul paha dengan kabel brek basikal.
blogspot.com“Saya meraung meminta ampun, namun bapa terus memukul sebelum terdengar nenek dan bapa saudara datang sambil memanggil saya keluar. Sebaik mendengar panggilan nenek, bapa berhenti dan saya berasa lega selepas melihat nenek muncul,” katanya lagi.
malaysianreview.comSementara Itu, Nenek Mangsa Berkata, Dia Terkejut Selepas Mendapati Cucunya Itu Dipukul Hingga Lemah Di Dalam Rumah
“Saya sedih melihat dia separuh mati berada di dalam tandas dalam keadaan tidak berbaju dan tanpa memakai seluar sambil mengadu sakit."
hmetro.com.my“Dengan bantuan anak, saya mengangkat cucu membawanya ke klinik berdekatan sebelum dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut,” katanya, cucunya itu dirawat selama dua hari sebelum dibenarkan keluar pada Sabtu, 1 November 2014.
malaysianreview.comDalam Perkembangan Terbaru, Pihak Polis Kini Sedang Menjalankan Siasatan Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan Kerana Mendatangkan Kecederaan Kepada Mangsa
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa dan polis kini sedang memburu suspek.
blogspot.com