seismik

"Dia Selalu Maki Saya" - Imam Tetak Anak 8 Tahun Sampai Mati Kerana Sakit Hati

Suspek mengaku melakukan pembunuhan dalam keadaan sedar.

Cover image via SAYS

Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri pada 17 Februari 2017 lalu di Mataram, Lombok, Indonesia

Image via Radar Lombok

Dalam kejadian tersebut, si bapa atau suspek, Ahmad Subhan, 48, dilapor membunuh anaknya, Muhammad Albani, 8, ketika sedang tidur pada jam 12 tengah hari. Suspek menghampiri anaknya di ruang tamu lalu menetak leher mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa maut serta merta.

Si bapa kemudian memanggil isterinya dan memberitahu anak mereka sedang menangis. Si ibu sangat terkejut melihat anaknya berlumuran darah dan segera meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa ke hospital. Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan.

Tempat mangsa dibunuh.

Image via Radar Lombok

Suspek dipercayai jatuh pengsan selepas kejadian. Sebaik tersedar, suspek mengaku membunuh anaknya tersebut.

Susulan kejadian itu, suspek ditahan polis dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Pesuruhjaya Polis Haris Dinzah berkata, suspek masih dalam keadaan murung dan pegawai penyiasat masih belum dapat merungkai motif pembunuhan.

Menurut sumber, suspek mengaku melakukan pembunuhan dalam keadaan sedar dan tidak didorong oleh sebarang bisikan suara

Image via Facebook

Walaupun begitu, suspek menyesal dengan perbuatannya.

"Dialah satu-satunya anak lelaki saya dan saya sangat menyayanginya. Tapi saya sakit hati. Dia sering memaki hamun saya dengan kata-kata kotor. Dia selalu berbuat demikian padahal dia masih kecil.

"Tidak pernah terlintas yang saya akan membunuhnya. Apatah lagi selama ini saya tak pernah langsung memukulnya. Tetapi setiap kata nasihat yang saya beri, dia selalu balas dengan kata-kata tidak sepatutnya yang membuatkan emosi saya marah," kata suspek, yang dikhabar kerap menjadi imam di masjid kampungnya,

Suspek tidak menolak kemungkinan bahawa anaknya bersikap kurang ajar berpunca daripada pergaulan dengan rakan-rakan.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini bukan kali pertama kes sebegini berlaku di Indonesia:

You may be interested in: