seismik

Bayi 11 Bulan Maut Terjatuh Katil Akibat Kecuaian Kakitangan Hospital

12 Februari lalu, seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dilaporkan koma akibat terjatuh dari katil ketika sedang menerima rawatan angkara kecuaian kakitangan hospital.

Cover image via blogspot.com

Mangsa, Adam Faris Dilaporkan Terjatuh Sebanyak Dua Kali

Image via fiezaradzi.com

Dalam kejadian itu, Adam Faris dikatakan kekejangan selepas terjatuh ketika dalam jagaan pengasuhnya di Shah Alam sebelum dibawa ke hospital berkenaan.

blogspot.com

Kemudian, doktor yang merawat mengesahkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu.

blogspot.com

Malang Tidak Berbau, Bayi Tersebut Terjatuh Sekali Lagi Ketika Rawatan Sedang Dijalankan

Ketika mendapatkan rawatan, kedua ibu bapa mangsa masih terdengar tangisan anaknya itu sebelum diam selang beberapa minit selepas itu. Mereka yang risau dengan keadaan itu, masuk ke dalam bilik rawatan dan melihat anak mereka sudah tidak sedarkan diri.

kongsiblog.com

Doktor memberitahu mereka bahawa anak mereka itu terjatuh dari katil ketika sedang mendapatkan rawatan.

blogspot.com

Adam Faris Selamat Dikebumikan Di Taman Perkuburan Islam Sungai Kantan Jam 11 Pagi Semalam (19 Feb 2014)

Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fakhrul, 30, berkata, mereka sekeluarga masih bersedih dengan pemergian anak tunggalnya itu.

blogspot.com

Katanya, mereka sekeluarga berbincang dengan peguam untuk mendapatkan nasihat sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital atas kecuaian itu.

blogspot.com

Mereka Kini Sedang Menunggu Laporan Polis

“Setakat ini, kami akan menunggu laporan polis sebelum tindakan susulan dapat diambil,” kata Fakhrul.

kongsiblog.com

Menurutnya, dia tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini kerana bimbang mengganggu siasatan kes.

blogspot.com

Terdapat Beberapa Kes Kecuaian Lain Melibatkan Bayi Telah Dilaporkan

You may be interested in: