Bayi 8 Bulan Maut Tertelan Skru Dua Sentimeter
Siapa sangka bayi yang sedang bermain bersama abangnya boleh maut tertelan skru sepanjang dua sentimeter.
Baru Sahaja Berumur 8 Bulan, Seorang Bayi Maut Apabila Skru Sepanjang Dua Sentimeter Tersangkut Di Kerongkong Pada 18 April 2014 Di Besut, Terengganu
Yusmadi Yusof, 32, dan Nor Faizah Mat Deris, 23, menunjukkan imej bayi mereka yang maut tertelan skru.
Image via hmetro.com.mySeorang bayi berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih pada hari Jumaat, 18 April 2014.

Kejadian Berlaku Ketika Ibu Mangsa Sedang Mandi, Datuk Dan Nenek Mangsa Sedang Membuat Kerja Di Luar Rumah Dan Mangsa Bermain Di Dalam Rumah Bersama Dua Abangnya
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain dengan dua orang abangnya.
Image via myvillalife.blogspot.comKetika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain di dalam rumah bersama dua abangnya berumur lima dan tiga tahun.

Manakala ibu mangsa sedang mandi, sementara datuk dan neneknya sedang membuat kerja masing-masing di sekitar rumah mereka.
Mangsa Segera Dikejarkan Ke Hospital Dungun Untuk Mendapatkan Bantuan Perubatan Setelah Muntah Beberapa Kali
Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian disedari oleh abang mangsa berumur 5 tahun yang memberitahu datuknya yang berada di luar rumah setelah melihat adiknya itu tidak sedarkan diri selepas muntah-muntah.

Mangsa, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan termuntah beberapa kali dan dibawa ibu, datuk dan neneknya ke Hospital Dungun.
Pihak Hospital Mengesahkan Bahawa Mangsa Tertelan Sebatang Skru Sepanjang Dua Sentimeter Yang Telah Menyekat Pengaliran Udara
Pemeriksaan hospital mendapati, sebatang skru sepanjang dua sentimeter terlekat di kerongkong bayi berkenaan, yang kemudiannya berjaya dikeluarkan.
Skru tersebut berukuran dua sentimeter dengan diameter kepala setengah sentimeter. Ia disahkan Pegawai Perubatan Hospital Daerah Besut, Dr Nur Afi’dah M Zulkepli dengan memberitahu skru itu tersangkut di bahagian kerongkong yang menyekat pengaliran udara mangsa.
Bayi Tersebut Bagaimanapun Tidak Sempat Diselamatkan Apabila Maut Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital
Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat tiba di Hospital Dungun.