'Saya Tidak Mampu' - Bayi Ditinggalkan Ibu Di Masjid Bersama Sepucuk Surat
Allahu sedihnya. Semoga yang baik-baik saja buat bayi ini. :'(
Viral di laman Facebook malam semalam, mengenai satu post yang memaparkan gambar seorang bayi yang ditinggalkan di sebuah masjid berserta sepucuk surat daripada ibunya
Gambar bayi yang diletakkan di dalam kotak itu telah disebarkan oleh sebuah page yang diberi nama Klangkampunghalamanku lebih kurang 15 jam yang lalu.
Dipercayai bayi itu ditinggalkan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Selangor. Sebak hati kami apabila melihat gambar bayi tersebut. Bayangkan, dia yang masih belum mengenali dunia ditinggalkan oleh ibunya sebegitu sahaja.
Ibunya turut meninggalkan sepucuk surat memberitahu dia bukanlah tidak mahu membelanya tetapi tidak mampu membesarkan anak tersebut
Dapat kami rasakan betapa perihnya hati si ibu saat meninggalkan bayi tersebut. Ungkapan "I love you" pada surat tersebut sudah cukup membuatkan setiap hati runtun tatkala membacanya.
Pelbagai respon netizen berikan. Rata-rata daripada mereka mengasihani bayi tersebut. Ada yang mempertikaikan tindakan ibu bayi terbabit dan ada pula yang cuba memahami keputusan yang diambil oleh ibu bayi itu.
Apa-apa pun kami doakan semoga bayi tersebut jatuh ke tangan mereka yang bertanggungjawab serta membesar dengan sempurna dan sihat. Amin...
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!