seismik

Bayi Lapan Bulan Dibaham Dan Hampir Dilarikan Biawak Liar

Kejadian berlaku di kuarters pekerja Berjaya Resort, Pulau Tioman pada pagi 22 September 2014.

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Bayi Diserang Biawak Semakin Pulih Tapi Ibunya Masih Trauma

Bayi berusia lapan bulan, Nur Hidayah Abdul Rahman menunjukkan perkembangan positif dan semakin beransur pulih daripada kecederaan selepas diserang seekor biawak di rumah kakitangan sebuah resort di Pulau Tioman.

mstar.com.my

Nur Hidayah Abdul Rahman menunjukkan perkembangan positif dan semakin beransur pulih.

Image via sinarharian.com.my

Pegawai Perubatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Low Tzuemn Ling berkata, Nur Hidayah yang menerima 50 jahitan akibat cakaran biawak terbabit dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat, tetapi perlu menghadiri rawatan susulan di hospital berkenaan untuk memulihkan parut yang dialaminya.

bernama.com

"Buat masa ini kita sedang lihat proses penyembuhan luka dan dijangkakan jahitan itu akan dibuka seminggu lagi. Setakat ini, keadaan Nur Hidayah stabil cuma kita sedang memantaunya daripada sebarang jangkitan," kata beliau kepada pemberita di Wad Kanak-Kanak HSA.

sinarharian.com.my

Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Asiah Ariff Berkata, Jabatan Kebajikan Akan Menyediakan Khidmat Kaunseling Kepada Ibu Mangsa Yang Trauma Selepas Kejadian

Sementara itu, Asiah berkata pihaknya menyediakan seorang pegawai kaunseling untuk membantu ibu bayi itu, Nor Raudah Abdullah, 38, sehingga pulih sepenuhnya daripada trauma yang dialaminya memandangkan wanita itu masih terbayang-bayang kejadian itu.

bernama.com

"Kita harap kaunseling ini sekurang-kurangnya dapat melegakan keadaan ibu bayi tersebut. Dia kelihatan biasa pada hari ini tetapi kita faham, untuk hilangkan trauma itu bukan perkara yang mudah," kata beliau yang turut menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa bayi itu.

sinarharian.com.my

AMARAN: Kandungan Grafik

Pada 22 September 2014, Seorang Bayi Perempuan Yang Baru Sahaja Berusia Lapan Bulan Cedera Parah Di Muka Dan Kepala Selepas Dibaham Oleh Seekor Biawak Liar Di Pulau Tioman

Satu kejadian luar biasa menggemparkan penduduk Pulau Tioman apabila seorang bayi perempuan berusia lapan bulan cedera parah di bahagian muka dan kepala akibat digigit oleh seekor biawak bersaiz agak besar.

freemalaysiatoday.com
Image via imgur.com

Dalam Kejadian Jam 10 Pagi Itu, Bayi Itu Dilapor Ditinggalkan Di Atas Lantai Dapur Sementara Ibunya Menyenduk Bubur. Tiba-Tiba Seekor Biawak Datang Dan Terus Menyerang Bayi Berkenaan.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan, Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

bernama.com

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

sinarharian.com.my

Difahamkan, Biawak Itu Menggigit Dan Mencengkam Kepala Bayi Tersebut Serta Cuba Menariknya Keluar Untuk Dibawa Lari Ke Dalam Semak Berhampiran

“Sewaktu kejadian, ibu bayi tersebut meninggalkan bayi tersebut untuk mengambil sesuatu. Tiba-tiba ibu bayi itu terdengar bunyi bising di dapur, diikuti suara bayinya menangis dengan kuat dan tidak seperti biasa."

freemalaysiatoday.com

Biawak liar ini adalah sebesar saiz orang dewasa.

Image via imgur.com

"Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku. Biawak itu juga cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran."

sinarharian.com.my

“Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan,” kata Johari dalam satu kenyataan.

feldavoice.com

Bayi Malang Itu Kemudian Segera Dikejarkan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Di Johor Bahru Dan Terpaksa Menerima 50 Jahitan Di Bahagian Muka Dan Kepala

Image via imgur.com

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa, Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

bernama.com

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan terpaksa menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepala.

sinarharian.com.my

Perkara tersebut kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

feldavoice.com

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan), Biawak Itu Adalah Sejenis Biawak Air Yang Berkemungkinan Dalam Keadaan Lapar Dan Menganggap Bayi Tersebut Sebagai Makanan

Keadaan mangsa selepas mendapat rawatan.

Image via imgur.com

Biawak yang menyerang bayi itu berkemunginan dalam keadaan lapar. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.

bernama.com

"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," kata Khairiah.

sinarharian.com.my

Bayi Berkenaan Bagaimanapun Dilaporkan Stabil Walaupun Cedera Parah Dan Menerima 50 Jahitan. Pihak Hospital Kini Memantau Keadaan Kesihatannya.

Mangsa dilaporkan stabil dan kini berada dalam pemantauan pihak hospital.

Image via imgur.com

“Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor telah mencuci luka itu serta menjahitnya. Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk ‘L’."

feldavoice.com

“Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria,” kata Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat.

feldavoice.com

Artikel Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: