seismik

#Belanjawan2021: Kadar Caruman Minimum KWSP Dikurangkan Kepada 9% Untuk Tempoh 12 Bulan

Ia bagi meringankan beban kewangan kepada 600 ribu ahli yang terjejas.

Cover image via Parlimen Malaysia (YouTube) & Harian Metro

Kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan secara bersasar

Jumlah keseluruhan pengeluaran itu adalah sebanyak RM12,000 termasuk i-Lestari. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600 ribu ahli yang terjejas.

Antara inisiaitf lain, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.

"Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

"KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000," katanya.

Image via Berita Harian

Ikuti perkembangan terkini di #Belanjawan2021 dan Like Facebook serta Follow Twitter SAYS Seismik sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel mengenai #Belanjawan2021 yang sedang trending hanya di SAYS Seismik: