[VIDEO] Penjelasan Nora Danish Tentang Sambutan Hari Jadi Di Kelab Malam Haram
Nora Danish sekali lagi mendapat perhatian media apabila dikatakan berparti di kelab malam haram dan sempat meloloskan diri ketika serbuan dibuat.
Program 999 Di TV3 Baru-Baru Ini Telah Menyiarkan Satu Insiden Serbuan Kelab Malam Haram Di Bandar Utama
Menerusi rancangan dokumentari tersebut, kelab tersebut dikatakan sudah 3 kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah. Terletak di tingkat atas sebuah bangunan, ketika hari serbuan, seorang artis dikatakan sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa sampai ke kelab berkenaan.
ohbulan.comMenariknya, menerusi Rotikaya, portal tersebut mendakwa bahawa artis yang telah menyambut harijadi pada malam serbuan berkenaan dipercayai Nora Danish.
ohbulan.comBeberapa Kad Jemputan Ditunjukkan Yang Mempunyai Persamaan Dengan Kad Jemputan Majlis Ulang Tahun Nora Danish
Wartawan tersebut menunjukkan beberapa keping kad jemputan ke majlis artis tersebut yang menyerupai kad jemputan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish baru baru ini — yang beliau kirimkan sendiri gambarnya ke Instagram.
rotikaya.comMenurut laporan itu juga, selebriti yang didakwa menyewa bilik khas bernilai RM5,000 itu sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa tiba dan tidak tahu sejauh mana benarnya — atau majlis sambutan beliau sudah tamat sebelum pihak berkuasa tiba.
rotikaya.comWalau Bagaimanapun, Nora Danish Tangkas Menepis Segala Dakwaan Beliau Menyambut Hari Lahir Di Kelab Malam Tidak Berlesen Itu
“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.”
rotikaya.com“Gambar-gambar yang dimuat naik itu pun jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan. Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam haram seperti yang disebarkan di laman laman sosial,” jelas Nora Danish.
rotikaya.comNamun, Beliau Mengaku Berada Dalam Bangunan Yang Sama Ketika Serbuan Dibuat
“Tempat itu adalah sebuah bangunan. Bangunan tu atas sekali dia helipad, buat restoran makan juga yang dipanggi The Roof, di bawah itu pula ada restoran bernama Signature, sebelah itu ada kantin dan kelab malam itu pula terletak di pintu lain. Ingin saya terangkan bahawa saya bukan celebrate birthday saya di dalam kelab malam tersebut,” tambah beliau.
ohbulan.comGambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Ke-32 Nora Danish