seismik

Benarkah UiTM Melarang Pelajar Lelakinya Beronani Di Asrama?

"Dilarang Melakukan Kerosakan, Dilarang Merokok, Dilarang Beronani. Awas! Anda Sedang Diperhatikan."

Cover image via themalaymailonline.com

Gambar Pelekat Larangan Beronani Di Kolej Perindu, UiTM Shah Alam Telah Tersebar Secara Meluas Di Alam Siber. Pelekat Itu Didakwa Dihasilkan Oleh Badan Pentadbir UiTM.

Pelekat yang ditampal di Kolej Perindu.

Image via blogspot.com

Gambar pelekat dengan amaran "Dilarang Melakukan Kerosakan, Dilarang Merokok, Dilarang Beronani" telah tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. Amaran itu diakhiri dengan ayat "Awas! Anda Sedang Diperhatikan".

bit.ly

Pelekat tersebut didapati telah ditampal di Kolej Perindu, UiTM Shah Alam. Sumber mendakwa pelekat itu dihasilkan oleh badan pentadbir di UiTM bagi mengharamkan para pelajar untuk beronani di asrama.

bit.ly

Walau Bagaimanapun, Seorang Pegawai Dari Kolej Perindu Memberitahu Pelekat Tersebut Sengaja Dihasilkan Oleh Pelajar Sendiri

Seorang pegawai dari Kolej Perindu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan perkara tersebut dengan berkata pihak pentadbir universiti tidak pernah mengeluarkan notis pengharaman pelajar dari melakukan onani di asrama mereka.

bit.ly

Kolej Perindu, UiTM Shah Alam.

Image via imgur.com

Pegawai tersebut yang enggan mendedahkan namanya memberitahu bahawa pelekat tersebut adalah satu penipuan semata-mata, besar kemungkinan dimulakan oleh pelajar sendiri.

bit.ly

"Kami tidak pernah menghasilkan apa-apa seperti itu. Pengharaman itu adalah palsu. Kami telah melaporkan perkara ini kepada polis bantuan," katanya.

bit.ly

Wakil Rasmi UiTM Shah Alam Turut Menjelaskan Bahawa Tiada Sebarang Pelekat Seperti Itu Pernah Dihasilkan Oleh Badan Pentadbiran Universiti

Seorang wakil rasmi UiTM menjelaskan dua larangan pertama dalam pelekat tersebut adalah sahih serta dikenakan ke atas pelajar, dan ia turut dikuatkuasakan di seluruh kawasan universiti.

bit.ly

Untuk makluman, pihak universiti hanya menghasilkan dua pelekat, salah satunya adalah bagi tujuan mengetahui bilangan peralatan elektrik yang digunakan oleh para pelajar di asrama.

bit.ly

JUGA DI SAYS: Seminar "Kalimah Allah Dan Kristologi Nusantara" Di UiTM Cetus Kontroversi Di Laman Sosial

You may be interested in: