seismik

Benarkah Umat Islam Diharamkan Guna Ucapan "Rest In Peace (RIP)"?

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace (RIP)” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia?

Cover image via themalaymailonline.com

Ekoran Kematian Karpal Singh Pada 17 April 2014, Ramai Rakyat Malaysia Termasuk Umat Islam Menggunakan Ucapan "Rest In Peace" Bagi Menyampaikan Takziah

Antara ucapan takziah yang diberikan kepada Karpal Singh atas kematian beliau.

Image via twitter.com

Antara ucapan takziah yang diberikan kepada Karpal Singh atas kematian beliau.

Image via twitter.com

Antara ucapan takziah yang diberikan kepada Karpal Singh atas kematian beliau.

Image via twitter.com

Antara ucapan takziah yang diberikan kepada Karpal Singh atas kematian beliau.

Image via twitter.com

Tapi, Adakah Haram Bagi Umat Islam Mengucapkan "RIP" Kepada Orang Bukan Islam?

Image via www.veooz.com

Majlis Fatwa Kebangsaan Memutuskan Bahawa Umat Islam Tidak Digalakkan Untuk Menyampaikan Ucapan "Rest In Peace (RIP)" Kepada Orang Bukan Islam

Umat Islam tidak digalak untuk mengucapkan ucapan "Rest in Peace (RIP)" kepada seseorang bukan Islam kerana ianya berunsur keagamaan yang diambil daripada Kristian, kata Majlis Fatwa Kebangsaan.

themalaysianinsider.com
Image via imgur.com

Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka; www.e-fatwa.gov.my, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata umat Islam bagaimanapun dibolehkan untuk menyampaikan rasa simpati dan takziah mereka kepada keluarga penganut bukan Islam selagi ia tidak memberi implikasi keagamaan.

themalaysianinsider.com

Secara Dasarnya Islam Membenarkan Ucapan Yang Baik Terhadap Orang Bukan Islam Atas Dasar Kemanusiaan Dan Penghormatan

"Islam tidak menghalang mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti 'Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda' atau 'kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan daripada keluarga anda," kata kenyataan itu.

busuk.org

Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

e-fatwa.gov.my

Terdapat Dua Perkara Yang Perlu Dititik Beratkan Iaitu Niat Seseorang Dan Latar Belakang Tradisi Istilah Tersebut

Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang.

e-fatwa.gov.my

Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.

josrevalution.net

Ucapan "Rest In Peace" Dikatakan Telah Wujud Dan Menjadi Amalan Puak Kristian Sejak Abad Ke-18 Lagi

Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian.

e-fatwa.gov.my

Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.

e-fatwa.gov.my

Ucapan "Rest In Peace" Mengandaikan Orang Bukan Islam Akan Mendapat Rahmat Dari Tuhan Yang Sememangnya Bertentangan Dengan Fahaman Islam

Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, "Ia juga mengandaikan orang bukan Islam itu akan mendapat rahmat Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin yang bermaksud, "May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace."

themalaysianinsider.com

Sedangkan daripada sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan.

josrevalution.net

Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah ayat 113 yang bermaksud, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

e-fatwa.gov.my

Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

e-fatwa.gov.my

Baru-Baru Ini, Isu Mengenai Sambutan Pesta Songkran Oleh Orang Islam Juga Diketengahkan

You may be interested in: