Kecoh Isu Beras Plastik, Ini Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Mana ada plastik boleh basi kan?
Perasan atau tidak, sejak minggu lepas lagi telah viral beberapa video yang dimuatnaik oleh individu yang medakwa beras keluaran sebuah syarikat adalah tiruan dan dihasilkan daripada plastik
Cara eksperimennya cukup mudah dengan hanya menggumpal nasi tersebut dan gumpalan itu melantun apabila dibaling ke lantai.
Lihat video di bawah:
Setelah video itu tersebar, pelbagai komen telah dikeluarkan orang ramai. Ada yang terkejut malah ada juga yang mentertawakan pengguna Facebook tersebut.
Susulan daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook pada page Kawalselia Padi Dan Beras
MAKLUM BALAS KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MENGENAI ADUAN BERAS PLASTIK DI DALAM KAMPIT BERAS JENAMA RAMBUTAN SUPER SPECIAL TEMPATAN 5%.
Merujuk kepada beberapa klip video yang telah viral di media-media sosial berkaitan dakwaan kandungan beras plastik dalam kampit beras Jenama Rambutan SST5%, Cawangan Kawalselia Padi dan Beras(KPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalankan pemeriksaan di kilang pemprosesan dan pembungkusan beras jenama tersebut pada 18 Jun 2017 di Mergong, Alor Setar, Kedah. Pemeriksaan dijalankan termasuk mengenalpasti punca utama beras dan meneliti keseluruhan proses pembungkusan beras tersebut.
Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati syarikat tersebut memperolehi bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan. Pemeriksaan juga mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis tersebut. Beberapa siri ujian juga telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak. Berdasarkan keputusan awal, tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras tersebut.
Seterusnya, sampel beras juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut. Siasatan dan pemeriksaan yang sama akan dijalankan ke atas kilang pengeluar beras tersebut di negeri lain.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh menghubungi pejabat Kawalselia Padi dan Beras di setiap negeri, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sebaiknya serta dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna beras dalam negara.
Cawangan Kawalselia Padi dan Beras,
Bahagian Industri Padi dan Beras,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia
18 Jun 2017
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook turut memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Nur Dania Izzati Binti Sedek Shah memberitahu 'lantunan' itu terjadi adalah disebabkan 80%-90% kandungan kanji yang terdapat di dalam nasi tersebut
Jangan percaya cepat sangat. Bulan2 pose duk buat fitnah kat cap rambutan tu pasai apa bang oii...Ni dania nak reveal satu benda..
.
Nasi Yg melantun disebabkan kandungan kanji di dlm nasi 80-90% tak kisah la beras jenama apa Pun.
.
Bukan tu saja. Secara logiknye, mana ade plastik yang basi kalau dibiar lama jebonnn oii....
Nasi terbentuk daripada polymers of glucose which is molecules kanji dimasak sehingga menjadi semi-crstalize dan kalau kite bt chemical test iodine dgn nasi, nasi akan bertukar menjadi biru menandakan dlmnye ade kanji bukan plastik!
Faham ke idok?
.
Girls, Guys! Malaysian!
Bouncing cooked rice balls is natural phenomenon!
.
Seterusnya, effect melantun daripada nasi gumpal adalah disebabkan volume expansion (pengembangan isi padu kanji atau nasi tadi).
.
Didalam nasi ade sejenis pelekat yang membolehkan dia digumpal dan melantun kerana sifat sifat2 nasi yang padu.
.
Sekian hujah saya. Jangan cepat sgt tertipu. Jgn cepat sgt percaya!
Share jika bermanfaat ye. Benda xelok laju je kome share, atee? Benda baik lekaih lee share.
#Maafkansayajikasayasilap
#Tapirasataksilapdah
#Hasilselidik