Betul Ke Harga Bahan Api Boleh Mempengaruhi Bil Elektrik? Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Jadilah pengguna elektrik yang bijak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Difahamkan, Malaysia dan negara di seluruh dunia terkesan dengan peningkatan kos penjanaan bahan api sejak kebelakangan ini ekoran pasaran bahan api yang tidak menentu dan termasuk juga konflik Rusia-Ukraine
Tahukah anda, arang batu dan gas asli turut memainkan peranan penting dalam penjanaan elektrik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kos penjanaan termasuk kos bahan api merangkumi 65 peratus dari tarif asas elektrik ketika ini. Arang batu dan gas asli digunakan untuk menjana hampir 93 peratus elektrik di Semenanjung Malaysia.
Apa kesannya bila harga bahan api naik kepada isi rumah?
Ketika ini, rakyat Malaysia masih belum merasai kesan kenaikan harga bahan api secara langsung.
Mujur negara Malaysia mempunyai dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) oleh kerajaan. Tujuannya adalah untuk membantu apabila terdapat peningkatan kos penjanaan elektrik seperti pengekalan rebat 2.00 sen/kWj untuk pengguna domestik.
Dengan sokongan KWIE juga, industri elektrik juga berjaya mengurangkan impak kenaikan harga bahan api dengan memberikan rebat sebanyak RM8.6 bilion sejak 2015.
Walau bagaimanapun, dengan kos bahan api yang tidak menentu, pengguna disarankan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan surcaj
1. Bil elektrik anda mungkin akan mengalami penurunan dan kenaikan setiap enam bulan berdasarkan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT)
Tarif elektrik di Malaysia dibahagikan kepada tarif asas dan ICPT. Tarif asas ditetapkan selama tiga tahun, manakala ICPT disemak setiap enam bulan bergantung kepada perubahan harga bahan api.
Menurut keputusan ICPT terkini pada 26 Januari 2022, semua pelanggan domestik akan kekal menikmati rebat 2.00 sen/kWj, manakala pelanggan komersial dan industri akan mendapat surcaj 3.70 sen/kWj, berkuat kuasa 1 Februari hingga 30 Jun 2022.
Sejak pengenalan ICPT pada 2014, surcaj tidak pernah dikenakan ke atas isi rumah. Namun begitu, perkara ini terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada akan adanya kenaikan surcaj dan rebat atau tidak.
2. Amalan perlu diubah dengan menerapkan sifat berjimat cermat menggunakan tenaga elektrik mulai sekarang
Cara terbaik untuk mengatasi kenaikan kos elektrik adalah dengan menerapkan amalan sifat berjimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik di rumah. Jom ikuti tip-tip mudah seperti berikut:
- Matikan suis elektrik apabila tidak digunakan.
- Gantikan mentol lampu lama dengan mentol lampu LED terutamanya di ruang rumah yang selalu digunakan.
- Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya suhu alat pendingin hawa boleh ditetapkan lebih tinggi (antara 24-26°C) bagi penggunaan elektrik yang cekap.
- Tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik semasa menghidupkan alat pendingin hawa.
- Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa untuk lebih menjimatkan tenaga.
- Jika bercadang membeli TV, peti sejuk atau pendingin hawa, pilih peralatan elektrik yang mempunyai label kecekapan tenaga yang tinggi.
3. TNB beraspirasi untuk mencapai pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang 2050, sebagai satu langkah ke arah dekarbonisasi dan meningkatkan portfolio penjanaan tenaga boleh baharu.
Hasrat ini dipacu menerusi komitmen mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 35% serta pengurangan 50% kapasiti penjanaan arang batu menjelang 2035.
Untuk mencapai matlamat ini, TNB juga telah mengesahkan komitmennya untuk meneroka sumber tenaga boleh baharu bagi menyokong aspirasi kerajaan Malaysia untuk mencapai 31 peratus sumber tenaga boleh baharu menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2035. Selain itu, TNB juga akan melabur dalam teknologi hijau pesat membangun, termasuk hidrogen hijau serta penyerapan dan penggunaan karbon (CCU).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!