BM & Sejarah Kekal Syarat Wajib Masuk IPTA, Zambry Tegaskan Asas Tetap SPM

Difahamkan, penilaian kemasukan melalui sistem UPUOnline tetap berpandukan syarat penuh SPM.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui Kementerian Pendidikan (KPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)

Menurut laporan Harian Metro, keputusan Jemaah Menteri yang diumumkan sebelum ini hanya melibatkan laluan khas untuk kursus tertentu dan bukannya pemansuhan syarat asas kemasukan ke IPTA.

"Jadi kerajaan sudah membuat pertimbangan ini untuk laluan bagi kursus tapi asasnya tetap kepada SPM. SPM itu tetap wajib walaupun dia belajar aliran itu (bukan aliran kebangsaan).

"Ya, (mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah) itu keputusan Kabinetlah melainkan yang diputuskan juga untuk mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Image via Harian Metro

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC/SMPC) kini mempunyai peluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di IPTA

Bagi lepasan tahfiz, antara program yang dibuka termasuk Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).

Sementara itu, bagi lepasan SMPC atau UEC pula, antara program yang dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina serta Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.

Dalam masa sama, calon daripada aliran terbabit yang memiliki SPM penuh masih boleh memohon mana-mana program pengajian melalui sistem UPUOnline berdasarkan merit serta pakej mata pelajaran yang ditetapkan KPM.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Difahamkan, Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju bahawa calon daripada aliran terbabit yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kendalian LPM serta diperakui KPM boleh dipertimbangkan mengikuti program tertentu di IPTA.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa penilaian kemasukan melalui sistem UPUOnline tetap berpandukan syarat penuh SPM.

"Untuk masuk ke program-program lain, asas kena SPM penuh lah," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: