seismik

'Board Game' Ciptaan Guru Sejarah Rangkul Emas Di Tokyo Kalahkan 37 Negara Lain. Hebat!

Percayalah, rakyat Malaysia memang ada "isi". Tahniah diucapkan!

Cover image via www.thestar.com.my

Umum mengetahui, rakyat Malaysia sememangnya bukan calang-calang orang. Ramai yang telah menempah nama di persada antarabangsa serta menjadikan pencapaian Malaysia bertaraf dunia, setanding dengan negara-negara elit lain.

Faye Jong Sow Fei, 17, menjadi rakyat Malaysia pertama untuk mempunyai asteroid dinamakan sempena namanya sebagai mengiktiraf pencapaian beliau di 2014 Intel International Science and Engineering Fair (ISEF) bagi projek pengurusan alam sekitar beliau.

Image via Intel Malaysia/Facebook

Dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat dewasa, masing-masing telah mengharumkan nama negara dengan pencapaian yang memberangsangkan. Bakat yang rakyat kita ada ini memang layak diberi perhatian.

Pasukan dari SMK USJ 4 yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam pertandingan 'World Robot Olympiad'.

Image via www.thestar.com.my

Baru-baru ini juga, sekumpulan pelajar sekolah negara memenangi pingat emas dalam pertandingan World Robot Olympiad yang diadakan di Qatar, mengalahkan 43 sekolah lain dari seluruh dunia. Selain itu, beberapa anak muda negara juga mampu menghasilkan game yang mendapat ribuan muat turun dari Google Play Store dan Apple App Store.

Ia tidak terhenti di situ saja. Terbaru, sebuah board game yang diberi nama Eksplorasi Cabaran Sejarah atau ECS turut memenangi anugerah emas dalam pertandingan Kaizen di Tokyo, Jepun.

Board game Eksplorasi Cabaran Sejarah.

Image via eksplorasi-cabaran.com.my

Eksplorasi Bacaran Sejarah (ECS) merupakan hasil inovasi dan ilham Mohd Zulhelmi Mansor, seorang guru matapelajaran Sejarah yang mendapat gelaran Guru Cemerlang Sejarah pada tahun 2010 dan Ikon Guru Kebangsaan 2015.

Inovasi ECS diterajui oleh Kumpulan Master-H yang dianggotai oleh guru-guru Panitia Sejarah dari Sekolah Menengah Teknik Gombak (nama telah ditukar kepada Kolej Vokasional Gombak) yang telah mendapat Johan dalam Kumpulan Inovasi dan Kreatif 2012.

eksplorasi-cabaran.com.my

Zulhelmi mencipta board game ini lima tahun lalu semata-mata untuk membantu para pelajarnya menguasai subjek Sejarah

"Murid-murid saya selalu bergelut dengan subjek sejarah dan selalu mengadu bahawa ia adalah satu matapelajaran yang sukar. Mereka kata ia membosankan, terlalu banyak fakta yang perlu diingat, dan mereka mendapati amat sukar untuk menghafal nama-nama."

"Jadi, saya melakukan kajian dan mendapati bahawa selain daripada buku-buku sejarah dan buku latihan, tidak ada satu pun alat lain yang wujud di pasaran yang boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah."

"Idea itu sendiri berpunca daripada konsep pembelajaran kolaboratif dan kerjasama. Ia melibatkan sekumpulan pelajar yang bersama-sama membincangkan topik. Mereka berbincang semasa bermain."

Permainan ini direka khas untuk para pelajar bekerjasama bagi menyelesaikan satu persatu masalah secara kolektif sebagai satu pasukan," jelas Zulhelmi.

thestar.com.my

Menurut Zulhelmi, konsep board game yang diambil daripada Monopoly ini merangkumi syllabus Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Dan sejak diperkenalkan, prestasi subjek Sejarah dikatakan meningkat.

Zulhelmi Mansor bersama board game ECS ciptaannya.

Image via www.thestar.com.my

"Saya sedar kanak-kanak masa ini lebih suka bermain permainan, dan mereka sukakan permainan berkonsep kompetitif. Jadi saya fikir mengapa tidak jika kita wujudkan satu platform seperti permainan papan klasik dan pelajar boleh belajar sejarah dengan cara yang sangat menyeronokkan."

"Saya perhati, semua pelajar saya yang telah bermain permainan ini dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih baik antara satu sama lain. Dan ia memupuk semangat muhibah di antara mereka. Ini merupakan satu kelebihan yang ada pada *game ini,"katanya.

thestar.com.my

Pertandingan Kaizen di Tokyo tahun lalu disertai oleh lebih 1,000 peserta dari 38 negara seluruh dunia termasuk USA, Canada, Japan, China, dan Brazil

Para hakim begitu kagum dengan ciptaan Zulhelmi sehingga melayakkan pasukan Malaysia merangkul anugerah emas pada pertandingan tersebut.

Penolong Pengarah Kementerian Pelajaran, Suraimi Rithwan, yang menyampaikan pembentangan ECS di Tokyo, berkata para hakim berpendapat ECS mempunyai potensi besar untuk dipasarkan sebagai alat pendidikan, yang bukan sahaja untuk pelajar tetapi untuk orang ramai.

"Kami menyedari para pelajar kini melakukan lebih baik dalam kertas Sejarah SPM dan terdapat peningkatan keseluruhan dalam mata GPA mereka".

"Tidak syak lagi ECS adalah alat pendidikan yang hebat, saya sendiri berpendapat lebih banyak sekolah harus menerima ECS kerana saya fikir setiap orang boleh mendapat manfaat daripadanya," ujar Suraimi.

thestar.com.my

Maklumat lanjut mengenai ECS boleh dapatkan di eksplorasi-cabaran.com.my.

Baca juga:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: