seismik

Betul Ke Rayani Air Kemukakan 'Boarding Pass' Dengan Tulisan Tangan?

Disebabkan ini, perkhidmatan Rayani Air boleh digantung.

Cover image via Lau Weng San/Facebook

Setelah dikritik teruk bulan lalu, nama Rayani Air sekali lagi mendapat perhatian apabila didakwa mengemukakan boarding pass tulisan tangan kepada penumpang

Isu ini diutarakan oleh seorang ADUN parti DAP, Lau Weng San di Facebook pada 19 Mac lalu apabila beliau memuat naik sekeping gambar boarding pass yang ditulis dengan tangan.

Posting itu telah mendapat lebih daripada 1,000 shares dalam masa tiga hari.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut. Ia masih lagi dalam siasatan.

Selain itu, Lau Weng San turut menunjukkan bukti bahawa penerbangannya dari KL ke Kuching telah dijadualkan semula sebanyak 4 kali.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan menyiasat dakwaan tersebut kerana ia boleh menjadi ancaman keselamatan kepada penumpang

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan).

Image via www.bharian.com.my

"Kami akan menyiasat mengapa mereka menggunakan pas bertulisan tangan sedangkan ia boleh dikeluarkan tanpa kertas dan orang ramai menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendaftar masuk.

"Kita perlu menyiasat kes ini kerana ia boleh menjadi ancaman keselamatan," kata Liow.

mstar.com.my

Lebih buruk, perkhidmatan Rayani Air mungkin akan digantung sekiranya pihak kementerian terus menerima pelbagai aduan

Kami akan siasat sekiranya laporan dikemukakan kepada kementerian. Kami akan meneliti aduan seperti pembatalan penerbangan yang tidak diganti. Itu suatu perkara serius.

"Malah, kami juga boleh menggantung perkhidmatan syarikat penerbangan itu sekiranya ia tidak mematuhi arahan kami," katanya lagi.

astroawani.com

Ditanya bagaimana Rayani Air boleh mendapat lesen operasi, beliau berkata selagi syarikat itu memenuhi peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ia akan diberi lesen.

"Ini negara demokrasi, selagi syarikat penerbangan itu dapat memenuhi syarat DCA, peraturan keselamatan dan pelan perkhidmatannya, kami akan keluarkan lesen itu. Bagaimanapun, dengan tahap perkhidmatan yang disediakannya sekarang, tidak memenuhi kehendak pengguna, tindakan boleh diambil terhadap syarikat penerbangan itu,"jelasnya.

astroawani.com

Pada masa yang sama, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mempertikaikan operasi Rayani Air yang kononnya patuh syariah namun membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna

Dr Asyraf Wajdi Dusuki: RAYANI AIR ni rupanya indah khabar dari rupa. Batalkan penerbangan sesuka hati hingga menyusahkan orang yang sudah mengatur pelbagai urusan.

Ingatlah! Aspek pematuhan Shariah (Shariah Compliant) bukan sekadar berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi termasuklah aspek menunaikan janji dan menepati masa.

Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh Shariah. Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip Syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.

Isunya, jangan sewenangnya menggunakan perlambangan dan penglabelan Islam untuk melariskan jualan. Ditegah keras oleh Rasulullah SAW.

Dalam perkembangan terbaru, sumber dari Rayani Air berkata mereka terpaksa kemukakan boarding pass tulisan tangan tersebut kerana masalah sistem

Rupa 'boarding pass' sebenar Rayani Air.

Image via www.kisahemasputih.com

Sumber Rayani Air mengesahkan bahawa insiden berlaku apabila penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching yang dijadualkan pada 17 Mac lalu terpaksa ditunda kepada awal pagi 18 Mac.

“Bagaimanapun boarding pass tidak dapat dicetak pada awal pagi 18 Mac disebabkan oleh masalah sistem berkaitan dengan penukaran tarikh.

“Insiden itu sedang disiasat dan laporan penuh mengenainya dijangka dikeluarkan pada petang ini. Laporan itu akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),” kata sumber.

Difahamkan, mereka akan mengeluarkan kenyataan media bagi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

mstar.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baru saja 3 bulan beroperasi, Rayani Air nampaknya menerima kritikan yang sangat hebat dari para penumpang. Di mana silapnya?

You may be interested in: