seismik

Bomba Fasih Berbahasa Mandarin Selamatkan Nyawa Lelaki Dari Terjun Tingkat 15

Siapa sangka kebolehan bertutur Bahasa Mandarin mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Cover image via SAYS

Kebolehan bertutur Bahasa Mandarin menjadi satu kelebihan buat seorang anggota bomba apabila berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri

Image via www.youtube.com

Mohd Fariszuan Jumaat, 22, tidak menyangka sama sekali kelebihan itu dapat digunakannya dalam satu kejadian pada 8 September lepas apabila ditugaskan berkomunikasi dengan mangsa yang cuba terjun dari koridor tingkat 15 di Perumahan Awam Seri Sarawak di Kuala Lumpur sambil memujuk secara psikologi dan melayan mangsa berbual.

"Kita juga menyerahkan air dan rokok kepada mangsa dalam usaha untuk menenangkan keadaan sebelum berjaya menyelamatkan mangsa," katanya kepada Bernama ketika menceritakan kembali detik cemas yang dilaluinya dan anggota lain yang terlibat dalam operasi menyelamat lelaki berkenaan.

bernama.com

Saksikan video di bawah bagi mengimbau kembali kejadian cemas tersebut:

Dalam kejadian 4 petang 8 September itu, sepasukan anggota bomba serta dua jentera dari Balai Bomba Pudu dan Hang Tuah digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam mengenai tindakan lelaki terbabit yang ketika itu berdiri di koridor tingkat 15.

Mangsa diselamatkan pada 5.20 petang.

Video kejayaan pihak bomba menyelamatkan mangsa ini telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

sinarharian.com.my

Mohd Fariszuan berkata, kemahiran bertutur bahasa itu diperoleh sewaktu bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa di Tawau, Sabah

Image via www.youtube.com

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, bukan sekadar adik beradiknya sahaja pernah belajar di sekolah aliran Cina, malah kebanyakan saudara maranya juga pernah mendapat pendidikan yang sama.

Ketika ditanya bagaimana dalam ruang sempit ketika itu, beliau boleh menyelamatkan mangsa, Mohd Fariszuan berkata beliau hanya mempraktikkan sepenuhnya latihan yang dipelajari sebagai anggota bomba sejak berkhidmat tiga tahun lepas.

"Apabila menghadapi sesuatu keadaan tegang, harus berfikir secara tenang, profesional dan jangan kelam kabut, kerana kita bekerja sebagai satu pasukan," katanya.

bernama.com

Beliau dan rakan setugasnya, Al-Hakim Ismail, 23, ditemui selepas menerima anugerah penghargaan daripada Presiden Malaysian Fire Protection Association (MFPA), Teh Khay Leong

Fariszuan (kiri) bersama rakan setugas, Al-Hakim bergambar kenangan bersama anugerah yang diterima.

Image via www.thestar.com.my

Sementara itu, bagi Al-Hakim, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan pula berkata kes itu merupakan pengalaman pertama bagi dirinya menangani situasi seperti itu sejak bertugas tiga tahun lalu di Balai Bomba Pudu.

Anak ke-10 daripada 11 beradik itu berkata insiden tempoh hari merupakan kes amat rumit baginya kerana disebabkan faktor keadaan dan bentuk bangunan itu, pihak bomba tidak boleh memasang "air bag" dan jaring di bahagian bawah.

sinarharian.com.my

Tahniah diucapkan buat kalian berdua. Teruskan usaha dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang memerlukan

Image via giphy.com

Lagi artikel menarik mengenai Bomba:

You may be interested in: