seismik

Bayi Anda Mungkin Terdedah Pada Kanser Hanya Kerana SATU Bahan Ini Di Dalam Botol Susu

"BPA ni memang banyak digunakan dalam industri berasaskan plastik" - Dr Taufiq Razif

Cover image via news.okezone.com

Sebagai ibu bapa, kesihatan anak-anak adalah yang paling utama. Pastinya setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak membesar dengan sihat dan cerdas tanpa sebarang penyakit berbahaya.

Image via www.netmums.com

Justeru, bagi memastikan anak-anak bebas daripada penyakit, pengetahuan ibu bapa terhadap penyakit yang melibatkan kanak-kanak perlulah meluas. Ibu bapa perlu peka terhadap segala apa jenis perkakas yang digunakan untuk menyediakan makanan untuk anak-anak termasuklah jenis botol susu yang digunakan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Dr Taufiq Razif menerusi satu post memberitahu pemilihan botol susu yang salah boleh menyebabkan kanser kepada anak anda. Bagaimana? Mari kita baca perkongsian ini:

Botol Bayi Boleh Sebabkan Kanser Pada Bayi Kita?

Tadi saya Taufiq Razif bincang dengan isteri pasal botol susu untuk bayi. Rupanya ramai ibu bapa yang tak tahu pun bahaya botol susu yang ada Bisphenol A ( BPA ) ni.
BPA ni digunakan oleh pengilang untuk keraskan produk plastik mereka. BPA ni memang banyak digunakan dalam industri berasaskan plastik.

Walaupun kajian secara terperinci efek BPA pada manusia belum terbukti lagi tetapi banyak kajian pada haiwan dah mengesahkan bahaya BPA ni.

Antara risiko yang MUNGKIN terjadi akibat terdedah pada BPA adalah :


+ Risiko pada otak dan masalah tingkahlaku. National Toxicology Program di Food & Drug Administration ( FDA ) pun bimbang dengan kemungkinan kesan BPA pada otak dan tingkahlaku pada bayi dan kanak-kanak.

+ Beberapa kajian pada haiwan menunjukkan ada hubungkait paparan BPA dengan peningkatan risiko penyakit kanser.

+ Dibimbangi juga anak-anak kita yang masih dalam fasa berkembang ni masih tak efektif untuk buang sisa BPA daripada tubuh mereka.

+ dan banyak lagi kesan buruk yang lain seperti obesiti dan diabetes walaupun belum dapat dibuktikan efeknya pada manusia lagi

facebook.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via news.okezone.com

Walaupun benda ni masih hangat diperdebatkan tapi kenapa kita nak anak kita semua terdedah dengan risiko yang amat dasyat ni semua kan?

Sebab tu saya nak kongsi ilmu sikit untuk ibu bapa kat luar sana untuk elakkan paparan BPA pada anak masing-masing. Antaranya :


+ Cari produk yang bebas BPA ( BPA-free ) untuk anak kita. Bila nak pilih botol susu anak tu tengok dulu ada label BPA-free ke tak.

+ Gunakan bekas makanan yang bukan plastik untuk anak-anak kita. Bekas yang dibuat oleh porcelain, kaca dan stainless steel lebih selamat dan tak mengandungi BPA.

+ Jangan panaskan bekas dan botol plastik yang ada BPA lebih-lebih lagi panaskan dengan microwave. Bahaya!

+ Jangan gunakan botol dan bekas makanan yang retak. Tempat retak tu boleh juga jadi tempat bakteria berkumpul dan BPA juga dikhuatiri boleh bocor ke dalam makanan anak-anak kita.

+ Elakkan makanan dalam tin untuk anak kita. Sebab masih banyak tin yang mengandungi BPA ye

facebook.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via buahhati.co.if

Saya nasihat dan bagi tips ni sebab saya taknak anak kita bila dah besar nanti membesar sebagai orang dewasa yang berpenyakit. Dah la hospital kita dah penuh dengan macam-macam penyakit kanser yang pelik-pelik. Semoga anak-anak kita semua terhindar daripada penyakit-penyakit tu semua.

p/s : Saya Taufiq Razif minta jasa baik semua untuk ingatkan keluarga kita semua tentang info penting ni ye. Semoga anak-anak kita semua membesar dalam keadaan sihat walafiat semua ye dan jauh daripada penyakit-penyakit parah ni semua ye.

facebook.com

Menurut satu laporan The Huffington Post, sejak tahun 2008, 11 negeri di Amerika Syarikat termasuk California telah mengharamkan penggunaan BPA dalam botol bayi dan sippy cup

Pengharaman ini juga dibuat oleh negara-negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah dan China.

Bagaimanapun, menurut kajian yang dibuat, lebih 90% daripada penduduk di negara tersebut 'membawa' BPA dalam badan mereka dan ia tidak berasal daripada botol bayi.

Image via ewg.org

Malah US Food and Drug Administration dalam laporan CNN Januari tahun lalu menyarankan ibu bapa seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan pendedahan BPA ke atas bayi dan kanak-kanak

Kajian memberitahu terdapat "beberapa kebimbangan" untuk kesan BPA pada otak, tingkah laku dan kelenjar prostat semasa proses mengandung, bayi dan kanak-kanak.

Kajian-kajian lain menemui ia juga boleh menyebabkan kencing manis dan penyakit kardiovaskular, tetapi kajian tersebut masih belum jelas sama ada masalah itu sebenarnya disebabkan oleh BPA atau tidak.

Sehingga kini, tiada sebarang bukti penemuan BPA boleh menyebabkan kanser kepada bayi. Tetapi menurut laporan dan kajian yang sedia ada, seeloknya kita elakkan untuk menggunakannya.

Sama-sama kita amalkan hidup tanpa BPA.

Image via wordpress.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: