seismik

Budak 2 Tahun Melecur Teruk Selepas Terjatuh Dalam Periuk Mendidih

Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melecur hampir keseluruhan badan akibat terjatuh ke dalam periuk berisi sup ayam yang sedang menggelegak.

Cover image via outfitnm.com

Kejadian Berlaku Pada 17 Mei 2014 Di Sabak Bernam Apabila Seorang Budak Berusia 2 Tahun Melecur Teruk Akibat Terjatuh Dalam Periuk Yang Sedang Menggelegak

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terjatuh ke dalam periuk hidangan sup ayam.

Image via googleusercontent.com

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melalui pengalaman mengerikan apabila melecur anggota badan apabila terjatuh dalam periuk di rumah jirannya, di Parit 11 Sungai Panjang 17 Mei lalu.

sinarharian.com.my

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Annur Iman Mohd Nizam ketika itu sedang duduk di kerusi kayu belakang rumah jirannya sebelum dia tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk hidangan sup ayam berkenaan.

sinarharian.com.my

Menurut Ibu Mangsa, Radziah Md Zakaria, 34, Anak Bongsu Daripada Empat Beradik Itu Sedang Leka Bermain Dulang Sambil Dia Menyuapkan Makanan Kepada Anaknya Itu

"“Tiba-tiba anak saya tergolek ke belakang dan kemudiannya menjerit kesakitan apabila badannya kepanasan selepas terjatuh ke dalam periuk terbabit," kata Radziah.

utusan.com.my

Menurutnya, dalam keadaan panik, dia mencapai kedua tangan anaknya untuk dibawa keluar daripada periuk dan terus menyiram air ke atas anggota badan Annur Iman.

utusan.com.my

Mangsa Melecur Teruk Pada Beberapa Bahagian Badannya Iaitu Tangan, Kepala Dan Belakang

Keadaan Annur Iman yang melecur teruk.

Image via sinarharian.com.my

“Saya dapati terdapat kesan lecur pada bahagian kanan iaitu pada badan; tangan dan kepala serta sedikit kesan yang sama pada tangan kiri dan di bahagian belakang kepala anak saya."

utusan.com.my

“Pada masa itu, Annur Iman hanya meraung sekuat-kuatnya. Saya hanya mampu mengucap dan kemudiannya kami terus membawanya ke sebuah poliklinik swasta di Sungai Besar bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

sinarharian.com.my

Mangsa Terpaksa Bergantung Sepenuhnya Pada Ubat Sapu Dan Jeli Gamat Bagi Memulihkan Kesan Lecur Yang Dialaminya

Radziah memberitahu, dia bersyukur kerana keadaan anaknya kini semakin pulih yang mana terdapat sel kulit baharu mulai tumbuh.

utusan.com.my

“Doktor kata anak saya boleh elok, tetapi memakan masa lama untuk kembali pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, setelah seminggu ini, saya dapati sel kulit baru pada anggota badannya mula tumbuh dan menunjukkan perkembangan positif,” katanya lagi.

sinarharian.com.my

Kini, Mangsa Dikatakan Semakin Pulih Serta Menunjukkan Perkembangan Positif Terhadap Rawatan

“Alhamdulillah anak saya semakin sembuh dan saya anggap ini sebagai satu dugaan kepada saya yang pertama kali mendapat anak perempuan dan reda dengan apa yang berlaku, selain memanjatkan kesyukuran kerana semuanya selamat,” ujar Puan Radziah.

sinarharian.com.my

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: