Budak 4 Tahun Maut Apabila Van Sekolah Melungsur Ke Dalam Kolam Loji
Keceriaan pelajar tadika setelah selesai sesi pembelajaran bertukar tragedi apabila van dinaiki melungsur ke dalam loji kumbahan.
Dua Lelaki Selamatkan 6 Budak Tadika Dari Loji Tanpa Peduli Bau Busuk
Tanpa menghiraukan bau meloyakan dan sisa kotor, dua lelaki nekad terjun ke dalam loji kumbahan demi menyelamatkan enam kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah van yang melungsur ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti Isnin lalu.
bharian.com.mySeorang penduduk yang terjun ke dalam kolam berkenaan, Mohd Hanafi Jaafar, 46, berkata kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan semua kanak-kanak terbabit tidak sempat menjerit meminta tolong.
bharian.com.my“Saya sempat melihat kejadian itu lalu bersama rakan, Muhammad Nor Said, 31, bergegas ke kolam dan spontan terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan mereka. Tidak terlintas langsung ketika itu soal bau busuk atau air kumbahan yang kotor,” kata Hanafi.
mynewshub.myKedalaman Kolam Kumbahan Tersebut Dianggarkan Kira-Kira Satu Meter
Hanafi berkata, kolam kumbahan berkenaan dianggarkan sedalam lebih satu meter dan ketika tenggelam, van berkenaan dalam keadaan senget dengan hanya pintu di sebelah pemandu dapat dibuka.
mynewshub.my“Mulanya kami berjaya mengeluarkan lima kanak-kanak sebelum seorang pembantu tadika menjerit memberitahu ada seorang lagi masih terperangkap dalam van menyebabkan saya menyelam semula. Saya berjaya membawa naik kanak-kanak terakhir dalam van itu dan ketika itu mangsa masih bernyawa."
bharian.com.my“Pihak bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian terus memberi bantuan pernafasan kepada semua mangsa sebelum mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Taman Universiti,” katanya.
mynewshub.myPada 14 April 2014, Seorang Murid Tadika Kemas Terbunuh Apabila Van Sekolah Dinaikinya Melungsur Jatuh Ke Dalam Kolam Kumbahan
Seorang murid tadika yang baru berusia empat tahun maut selepas van sekolah yang dinaikinya melungsur ke loji kumbahan najis. Kejadian berlaku di Taman Universiti di Skudai, Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari Isnin.
bnbbc.myMangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berhampiran.
hmetro.com.myLima Pelajar Tadika Lain Yang Turut Berada Di Dalam Van Terbabit Dilaporkan Cedera Dan Dikejarkan Ke Hospital
Lima lagi kanak-kanak dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
hmetro.com.myMereka ialah Nur Aima Razak, 5, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5, Danial Asyraf Abdullah, 5, Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Sakinah Roslan, 5, yang kesemua mereka dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
kosmo.com.myKemalangan Berpunca Apabila Pemandu Wanita Van Tersebut Menghentikan Kenderaan Tanpa Menarik 'Handbrake'
Difahamkan, wanita pemandu van terbabit meletakkan kenderaannya di situ bagi mengambil semua mangsa dari tadika Kemas berhampiran.
hmetro.com.myPemandu van dikatakan menghentikan kenderaannya, sebelum keluar mengambil beberapa kanak-kanak lain melintas jalan di tadika berhampiran.
mynewshub.myBagaimanapun, ketika kanak-kanak terbabit sedang masuk ke dalam van, kenderaan berkenaan yang dipercayai tidak ditarik brek tangannya tiba-tiba mengundur lalu melungsur melanggar pagar, sebelum menjunam ke dalam loji kumbahan berdekatan.
bnbbc.my