seismik

Budak 5 Tahun Nyaris Dilarikan Di Bazaar Ramadan Di Klang

Kes penculikan kanak-kanak kini semakin serius.

Cover image via blogspot.com

Pada 6 Julai 2014, Seorang Budak Berusia 5 Tahun Terselamat Daripada Diculik Seorang Pemuda Yang Tidak Dikenali Ketika Berada Di Sebuah Bazaar Ramadan Di Klang

Seorang budak lelaki berusia lima tahun nyaris ‘diculik’ seorang lelaki ketika datang ke sebuah bazar Ramadan di Pekan Meru, di sini pada 6 Julai 2014.

m1y.net

Dalam Kejadian Jam 6.30 Petang Itu, Tangan Kanak-Kanak Terbabit Dilapor Tiba-Tiba Ditarik Oleh Seseorang Ketika Dia Sedang Berjalan Bersama Bapanya Dan Seorang Abang Yang Berusia 10 Tahun

Bapa kanak-kanak terbabit merasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.

Image via agendasemasa.com

Bapa kanak-kanak yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia memegang kedua-dua anak lelakinya itu, dia berasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.

blogspot.com

Bapa kanak-kanak yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia memegang kedua-dua anak lelakinya itu, dia berasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.

hmetro.com.my

Menurut Bapanya, Dia Ternampak Seorang Lelaki Berusia 30-an Dan Berkulit Gelap Sedang Memegang Anaknya Sebaik Dia Menoleh. Tindakannya Memaling Muka Ke Arah Lelaki Berkenaan Menyebabkan Lelaki Itu Terkejut.

Lelaki terbabit dikatakan tergamam setelah perbuatannya dapat dikesan bapa mangsa.

Image via imgur.com

“Sebaik melihat saya memandangnya, lelaki terbabit kelihatan tergamam dan melarikan diri di celahan orang ramai yang berada di bazar berkenaan."

hmetro.com.my

“Saya tidak dapat mengejar lelaki terbabit kerana masih memegang dua anak," katanya.

blogspot.com

Lebih Membimbangkan, Lelaki Tersebut Sekali Lagi Cuba Untuk Menculik Seorang Kanak-Kanak Perempuan Tidak Lama Selepas Itu Namun Tindakannya Gagal

"Namun saya memerhatikan gerak-gerinya dari jauh dan melihat dia sekali lagi cuba menarik seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat saya berdiri."

blogspot.com

“Kanak-kanak itu bernasib baik kerana bapanya menyedari tindakan lelaki terbabit menyebabkan lelaki itu terus berlalu dicelahan orang ramai,” tambahnya lagi.

hmetro.com.my

Suspek Walau Bagaimanapun Tidak Dapat Dikenal Pasti Dan Siasatan Kini Sedang Dijalankan Pihak Polis

Jurucakap polis mengesahkan mengenai laporan berkenaan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai laporan itu.

blogspot.com

Ibu Bapa Serta Ahli Keluarga Yang Lain Dinasihatkan Supaya Berhati-Hati Ketika Berada Di Tempat Awam Yang Sesak Terutama Dengan Kehadiran Anak-Anak Kecil

Harapan SAYS, Semoga Kita Semua Dijauhkan Daripada Sebarang Kejadian Yang Tidak Diingini Pada Masa Akan Datang

JUGA DI SAYS: Roti John Di Bazaar Menyebabkan 3 Beradik Masuk Hospital Dan Satu Koma

You may be interested in: