Budak 8 Tahun Maut Dihempap Tiang Gol Karat
Siapa sangka ajal tiba ketika sedang bermain di taman permainan.
Seorang Budak Berumur 8 Tahun Dilaporkan Maut Dihempap Tiang Gol Pada Petang Isnin, 7 April 2014
Seorang murid Tahun Dua maut selepas dihempap tiang gol besi ketika bermain di padang permainan Taman Sri Wangsa, Jalan Parit Besar di sini, kelmarin.
Kejadian Berlaku Ketika Mangsa Sedang Bermain Di Taman Permainan Berhampiran Rumahnya
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Ahmad Ilham Fikri Ahmad Zaki dibawa bapanya ke padang permainan itu bersama dua lagi adik beradiknya untuk beriadah.
Kemudian, mangsa dan abangnya, Ahmad Iqbal Fitri, 10, ditinggalkan untuk bermain bersendirian. Bapa mangsa, Ahmad Zaki Mohd Abu Khairi, 36, berkata anaknya itu leka bermain berhampiran tiang gol bersama rakan.
Menurut Abang Mangsa, Dia Melihat Adiknya Sedang Bermain Dengan Rakan-Rakan Lain Sebelum Dihempap Tiang Gol
Iqbal (kiri) menujukkan tiang gol yang menghempap adiknya, Ahmad Ilham di sebuah padang permainan di Taman Sri Wangsa, Batu Pahat, Johor.
Image via kosmo.com.mySementara itu, Ahmad Iqbal Fitri, 10, berkata, dia lihat arwah adiknya berlari bersama rakan lain di kawasan itu sebelum tiang gol tumbang. Dia berlari bagi mendapatkan adik sebelum mendapatinya berlumuran darah.

Mangsa Segera Dihantar Ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Dan Dilaporkan Maut Di Tempat Kejadian
Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dibedah siasat.
Image via hsni.moh.gov.myAhmad Ilham Fikri Ahmad Zaki, 8, meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala berikutan hentakan kuat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata 10 kanak-kanak dikatakan bermain berhampiran tiang gol itu sebelum struktur berkenaan rebah menimpa kepala mangsa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata 10 kanak-kanak dikatakan bermain berhampiran tiang gol itu sebelum struktur berkenaan rebah menimpa kepala mangsa.
Image via www.sinarharian.com.myKatanya, kejadian menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan berlaku pendarahan di kedua-dua telinga. “Tiang gol itu berkarat dan tumbang sendiri manakala laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia berikutan pendarahan dalam otak,” katanya.