seismik

Budak 8 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri

“Baguslah ibu dengan ayah tak berniaga hari ini. Boleh teman Danial di rumah,” itulah ungkapan terakhir seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, sebelum ditemui mati jatuh dari tingkat 15.

Cover image via suara.tv

Pada 19 Mei 2014, Seorang Budak Lelaki Berusia 8 Tahun Dipercayai Mati Akibat Terjatuh Dari Tingkat 15 Sebuah Pangsapuri

Seorang murid lelaki Tahun Dua ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu di sini, Isnin.

mstar.com.my

Ketika Kejadian Berlaku, Mangsa Dikatakan Sedang Bermain Di Tingkat 15 Dengan Memanjat Tembok Tanpa Penghadang Yang Menyebabkannya Terjatuh

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh.

Image via abnxcess.com

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Danial Abdullah, 8, murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Cheras dikatakan sedang bermain di tingkat itu bersama rakannya sebelum terjatuh.

rakyatnews.my

"Tingkat berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian sejak minggu lepas. Mangsa dikatakan memanjat tembok dan terjatuh," katanya sambil menambah mangsa cedera parah di kepala dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

rakyatnews.my

Ibu Mangsa, Faizah Ahmad Berkata Anaknya Itu Sangat Gembira Apabila Diberitahu Dia Dan Suami Tidak Akan Berniaga Menjual Sate Pada Hari Itu

“Kebiasaannya kami tidak pernah mengambil cuti berniaga walaupun sehari. Danial cukup gembira apabila saya memberitahunya perkara itu,” katanya Faizah.

suara.tv

Faizah berkata Danial dianggap pintar dan amat mendengar nasihat. “Adakalanya dia sering merungut sekiranya kami tidak meluangkan masa untuk dia dan adik-beradik lain. Saya dan suami redha dengan pemergiannya. Saya anggap ini ujian paling besar dalam keluarga kami,” tambahnya lagi.

suara.tv

Dipercayai Mangsa Mati Ditempat Kejadian. Mayat Mangsa Segera Dihantar Ke PPUKM Untuk Siasatan Lanjut.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Image via sgh.com.sg

Mangsa yang merupakan anak ke lapan daripada 10 adik beradik meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

josrevalution.net

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

suara.tv

Artikel Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: