Budak Mati Lemas Dalam Kolam Renang Menteri Besar Selangor
Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai meninggal dunia setelah lemas di dalam kolam renang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa sambutan Tahun Baru Cina.
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor Bertukar Tragis Apabila Kanak-Kanak Perempuan Berusia Tujuh Tahun Mati Lemas Di Kolam Renang
Amanda Dany Shah sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.
mstar.com.myKetua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, mangsa ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan cuba menyelamatkannya, selain menghubungi talian kecemasan.
yahoo.com"Polis terima panggilan daripada seorang wanita kira-kira 4.30 petang menyatakan seorang budak lemas dalam kolam renang itu."
hmetro.com.myKejadian Berlaku Pada Hari Sabtu, 8 Februari 2014 Bertempat Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor Yang Terletak Di Shah Alam
Difahamkan Kehilangan Murid Tahun Satu Terbabit Tidak Disedari Ibu Bapanya Yang Sibuk Menguruskan Makanan
Mangsa dipercayai menghilangkan diri semasa ibu bapanya sibuk menyediakan makanan bersama pekerja lain kepada tetamu yang hadir.”
yahoo.com"Mangsa meninggalkan ibu bapanya dan berjalan bersendirian ke kolam renang di tingkat atas kediaman itu. Tiada maklumat sama ada dia bersama orang lain atau tidak ketika itu," kata Azisman ketika dihubungi.
hmetro.com.myMenurut Sumber, Seseorang Telah Menarik Amanda Keluar Dari Dalam Kolam Dan Cuba Menyelamatkannya
Orang awam yang melihat kejadian itu terus menghubungi 999 bagi mendapatkan bantuan dan mangsa kemudian terus dibawa ke HTAR sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
yahoo.comAzisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
mstar.com.my