seismik

Burger Cheese Meleleh Ini Punyalah Sedap Sampai Ramai Yang Sanggup Beratur Berjam-Jam

Harganya pun berpatutan, bermula serendah RM7.

Cover image via Kosmo | Taufulou.com

Sebut saja pasal cheese, pasti ramai yang terus dapat bayangkan kesedapannya. Tidak hairanlah bagaimana gerai burger viral ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan menu istimewanya: Burger Bakar Cheese Meleleh!

Image via Taufulou

Dengan menggunakan kuali khas, keju Mozzarella dipanaskan hingga cair kemudian dihidangkan di atas patty burger pilihan anda

Image via Kosmo

Hasilnya? Memang padu!

Abu Hasan, pengusaha gerai burger yang diberi nama Street Grill itu berkata, beliau mendapat inspirasi hidangan menu istimewa ini daripada video makanan antarabangsa di YouTube

Abu Hasan (kiri), pengusaha Street Grill

Image via Kosmo

Idea kreatifnya ternyata menjadi apabila queue panjang kini menjadi satu kebiasaan di gerainya. Walaupun terpaksa beratur berjam-jam untuk mendapatkan burger viral ini, ramai yang berpendapat ia sangat berbaloi kerana rasanya yang begitu sedap!

Bermula dengan harga serendah RM7, anda boleh enjoy burger cheese meleleh ini mengikut saiz pilihan anda: single, double, atau triple

Nak cuba? Dapatkan info lanjut di sini:

Alamat: Jalan Sungai Pinang, (berhadapan Sungai Pinang Honda Showroom), George Town, 10150 Pulau Pinang 

Waktu Operasi: 6.30 petang - 12 tengah malam (Isnin - Sabtu)

No. Telefon: +6012 5711050

Info lanjut di: Facebook

Ketahui banyak lagi tempat best untuk makan burger bakar:

Percaya tak cara anda order burger Ramly boleh tentukan jodoh anda dari mana? Cuba kuiz ni:

You may be interested in: