seismik

Cabaran Ramadan Golongan 20-An Dan 5 Tips Berpuasa Bagi Ramadan Yang Lebih Produktif

Jadikanlah Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Cover image via Instagram @aqilahashim_

Setiap kali bulan Ramadan, pasti akan ada cabaran yang perlu kita tempuhi terutama bagi golongan 20-an

Tiga wanita ini turut tidak terlepas. Daripada seorang pelajar, ke seorang isteri bekerja, sehinggalah seorang ibu, masing-masing perlu mengharungi cabaran dan rintangan ketika berpuasa di bulan Ramadan.

Aqilah Hashim (kiri), Eily Atikah, dan Siti Nur Amira.

Image via SAYS

Ikuti kisah mereka di bawah:

Aqilah Hashim, 23. Pelajar jurusan perbankan dan kewangan di UIAM ini memberitahu antara cabaran terbesar ketika Ramadan ialah bangun sahur secara konsisten.

Aqilah Hashim berasal dari Terengganu dan belajar di UIAM Gombak, Selangor.

Image via Instagram @aqilahashim_

"Setiap kali berpuasa, saya mesti akan ada masalah untuk bangun pagi. Maksud saya, bukanlah saya seorang saja tapi lumrah hidup sebagai seorang student memang begitu. Selalu susah nak bangun pagi sebab masuk tidur lambat.

"Waktu sahur tu kadang-kadang terlepas. Satu, sebab tak ada mak ayah nak kejutkan. Dua, sebab nak kena cari makanan sendiri. Berbeza kalau di rumah, sejurus bangun terus dah ada makanan terhidang. Jadi, motivasi untuk bangun sahur itu lebih sedikit bila di rumah," kata Aqilah.

Bukan itu saja, Aqilah juga susah untuk hilangkan mengantuk dalam kelas sebab tak boleh makan atau minum. Sesi kelas juga terasa lebih lama.

"Waktu Ramadan, kelas 1 jam kadang-kadang rasa macam lama sangat. Sudahlah lama, tak boleh makan dan minum pulak tu. Maka mudahlah untuk saya jadi mengantuk dalam kelas.

"Kalau sesi kelas habis pada lewat petang, saya tak ada banyak pilihan makanan untuk berbuka. Saya hanya pergi ke mana-mana kafe dalam kawasan universiti untuk beli juadah. Itupun kadang-kadang makanan semua dah habis. Jadi saya terpaksa berbuka puasa dengan air saja," katanya lagi.

Sesi berbuka puasa bersama rakan-rakan.

Image via Instagram @aqilahashim_

Eily Atikah, 27. Sebagai seorang isteri, Eily mahukan waktu berbuka yang berkualiti bersama suami setiap hari. Namun begitu, kekangan kerja selalu menghalangnya untuk berbuat demikian.

Eily Atikah bersama suami.

Image via Instagram @eilylerr

"Paling saya tak suka bila saya kena berbuka di meja pejabat, di hadapan skrin komputer. Dah masuk waktu Maghrib pun kadang-kadang saya masih tak balik rumah lagi. Maklumlah, tuntutan kerja harus dilunaskan terlebih dahulu.

"Tapi ada lagi satu masalah. Kalau saya balik awal sekalipun, katakanlah pukul 6, jalan raya semua sesak dan saya akan sangkut dalam kesesakan trafik untuk tempoh yang lama. Bila dah jadi macam ni, terpaksalah saya berbuka puasa dalam kereta sambil memandu seorang diri," luah Eily.

Bekerja dalam syarikat swasta luar negara juga merupakan satu cabaran buat Eily. Menurutnya, majikannya tidak faham budaya orang Islam Malaysia berpuasa.

Budaya kerja dalam syarikat swasta luar negara tak sama seperti syarikat tempatan.

Image via Eily Atikah

"Susah bila majikan tak faham budaya berpuasa di bulan Ramadan. Mereka anggap bulan Ramadan ini sama saja dengan bulan-bulan lain. Mereka tak beri saya peluang untuk datang kerja awal dan balik awal. Bebanan kerja juga bertambah.

"Di bulan Ramadan, mana-mana golongan bekerja pun akan rasa keletihannya. Macam saya sendiri, saya kena bangun pukul 5 pagi untuk bersahur dan terus ke tempat kerja selepas subuh. Waktu tidur yang pendek menyebabkan badan agak letih. Selepas balik kerja pergi Solat Tarawih pula.

"Rutin seharian pada bulan Ramadan ini yang mereka tak faham. Mungkin urusan saya akan jadi lebih mudah jika majikan saya lebih bertoleransi terhadap pekerja," katanya.

Siti Nur Amira, 29. Ibu kepada dua orang anak ini menganggap kesabaran adalah kunci paling utama dalam menguruskan kehidupan berumahtangga.

Amira mempunyai dua orang anak: Aryan dan Adra.

Image via Amira Baharudin/Facebook

"Sebagai seorang ibu, kesabaran itu memang kunci paling utama. Dan bila tibanya bulan Ramadan, kesabaran itu harus dilipat gandakan. Maklumlah, bila kita berpuasa, kita akan berasa cepat letih. Ditambah pula dengan melayan karenah anak-anak lagi.

"Macam saya sendiri, saya akan pastikan saya dapat berbuka puasa di rumah setiap hari bersama suami dan anak-anak. Setiap hari saya akan bangun awal, pergi kerja lebih awal, dan pulang ke rumah juga awal bagi mengelakkan traffic jam. Kalau lambat keluar dari pejabat, memang tak akan sempat," kata Amira.

Amira juga berkata salah satu cabaran yang perlu dihadapi ialah menyelaraskan rutin hariannya bersama anak-anak. Jadual di bulan Ramadan agak berbeza sedikit berbanding bulan-bulan lain.

"Anak-anak saya jenis yang suka tidur lambat. Kalau bukan bulan Ramadan, tiada masalah lagi untuk saya teman mereka pada waktu malam. Tetapi bila Ramadan, saya perlu tidur lebih awal bagi mengoptimumkan tenaga untuk esok hari. Jadi agak sukar untuk saya pastikan anak-anak saya juga tidur lebih awal.

"Bila bekerja pula saya perlu jadi lebih pantas dan efisien. Saya lebih hargai masa yang saya ada untuk menyiapkan segala kerja yang ada. Sebab kalau saya lambat, maka lambatlah saya akan balik rumah untuk luangkan masa bersama keluarga," kata Amira lagi.

Mungkin cabaran-cabaran yang mereka hadapi ini sedikit sebanyak berkait dengan diri kita. Tak begitu?

Di sini kami beri sedikit tips bagaimana anda boleh jadi lebih bertenaga dan lebih efisien di bulan Ramadan:

1. Niat kena betul

Image via hafizamri.com

Nak lakukan apa sekalipun, niat itu yang paling utama. Tanpa niat yang betul, segala apa yang kita nak buat mesti jadi susah. Tetapkan niat dalam hati yang anda memang betul-betul nak jadikan bulan Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih produktif daripada yang sebelumnya. Percayalah, urusan puasa anda akan dipermudahkan.

2. Jauhkan diri dari media sosial semasa bekerja

Image via soytecno.com

Mengaku sajalah, sambil bekerja mesti kita juga aktif bersembang di media sosial bukan? Tip ini mungkin nampak remeh tapi sebenarnya sangat membantu. Selalunya kerja lambat siap dan bertangguh bukan sebab kerja banyak, tapi sebab diri kita yang terlalu leka membuang masa di media sosial.

Bulan Ramadan ini, cuba pasangkan azam untuk lebih fokus pada kerja, siapkan kerja awal, dan terus boleh pulang ke rumah selepas itu. Lupakan media sosial seketika semasa berkeja. Lagi satu kebaikan yang kita dapat ialah kita dapat elakkan daripada bersembang tentang perkara-perkara yang tak bermanfaat.

3. Elakkan tengok makanan

Image via postimg.org

Kadang-kadang, orang yang dah selalu puasa pun boleh terliur bila tengok gambar atau video makanan. Sekali dah terliur, mungkin boleh berbuka terus sebab nafsu makan dah meluap-luap. Jadi, elakkan. Tapi tak perlulah sampai kena tutup mata.

4. Sahur jangan skip

Image via popkey.co

Ya, memang waktu sahur tu antara waktu yang paling sedap untuk kita tidur tanpa perlu memikirkan hal dunia. Tetapi terimalah hakikat bahawa kita sedang berpuasa. Kena kuatkan semangat untuk bangun pagi seawal 5am. Inilah masanya untuk kita isi perut dengan makanan dan minuman supaya kita boleh bertahan sampai waktu Maghrib. Lagipun, dalam sahur itu kan ada keberkatan. Rugi kalau kita tak rebut.

5. Gabungkan pengambilan makanan dan minuman berkhasiat semasa bersahur

Amalkan minum air masak (500ml-1L) yang telah direndam dengan beberapa biji kurma dalam bilangan yang ganjil (contoh: 3, 5, atau 7) selama 10-12 jam. Maksudnya, sebelum berbuka, sediakan minuman ini untuk dihidangkan semasa waktu sahur nanti.

Anda boleh juga berbuka atau bersahur dengan minuman penuh khasiat seperti Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dan ambil beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil. Pengambilan susu dan kurma sudah cukup untuk memberi tenaga dan nutrien kepada tubuh badan sepanjang hari.

Boleh juga ikuti tips minum 8 gelas air sehari di bawah:

Tips tambahan:

Selepas sahur: Minum segelas Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL untuk tenaga yang lebih berpanjangan.
Sebelum tidur: Minum segelas Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL agar lebih kenyang dan tidur lebih sempurna.

Untuk pengetahuan anda, Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL disyorkan untuk diminum setiap hari ketika berbuka puasa dan juga bersahur

Bukan sekadar menghilangkan dahaga, minuman Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL ini juga kaya dengan protein, mengandungi kalsium tinggi, rendah lemak, laktosa rendah, dan sangat berkhasiat. Terkandung dalamnya adalah 9 jenis vitamin yang boleh membantu anda memenuhi segala nutrien yang anda perlukan sepanjang hari.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!