seismik

Adakah Anda Akan Sokong UiTM Sebagai Universiti Diraja?

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah mencadangkan UiTM diisytiharkan sebagai Universiti Diraja.

Cover image via

UiTM Hendak Menjadikannya Sebagai Universiti Diraja Malaysia Atau Pun "Universiti Teknologi Mara Diraja"

UiTM Hendak Dikenali Sebagai Universiti Teknologi Mara Diraja

Image via blogspot.com

UiTM Kini Sedang Berusaha Untuk Menjadikannya Sebagai IPTA Di Bawah Naungan Raja-Raja Melayu

Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini sedang berusaha untuk menjadikannya sebagai institusi pengajian tinggi awam yang berada di bawah naungan raja-raja Melayu.

bernama.com

Naib Canselornya, Prof. Ir. Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berkata, apabila dilaksanakan kelak, UiTM akan dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara Diraja.

utusan.com.my
Image via postgraduate.my

Datuk Irmohizam Ibrahim Kata UiTM Perlu Dijadikan Universiti Diraja Supaya Kewujudannya Sebagai Universiti Untuk Bumiputera Tidak Digugat

“Saya cadangkan UiTM diisytiharkan sebagai universiti diraja supaya statusnya sebagai unversiti hanya bagi bumiputera tidak diganggu-gugat," kata Datuk Irmohizam Ibrahim.

malaysiakini.com

Beliau juga yakin perisytiharan sebagai Universiti Diraja itu akan menjamin UiTM terus kekal sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan khusus untuk mendidik anak-anak bumiputera.

utusan.com.my

Datuk Irmohizam Ibrahim adalah pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu UiTM, dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia.

themalaysianinsider.com

Datuk Irmohizam Ibrahim.

Image via btn.gov.my

Cadangan Untuk Menjadikan UiTM Sebagai Universiti Diraja Telah Dibentang Dan Dibahas Di Perhimpunan Agung UMNO 2013

Pengisytiharan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Universiti Diraja merupakan antara perkara yang dicadang, dibentang dan dibahas pada Perhimpunan Agung Umno 2013.

sinar-harian-online.com

Cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu mahukan UiTM dinaungi Majlis Raja-Raja bagi memastikan peranan universiti itu tidak lagi dipertikai mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).

bernama.com

"Perkara ini perlu diberi perhatian kerana Umno sebagai parti tonggak orang Melayu perlu memenuhi amanat untuk meningkatkan tahap pendidikan bangsa Melayu," kata Timbalan Presiden GPMS kepada Bernama.

bernama.com

Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Image via mkini.net

UiTM Bermula Sebagai Dewan Latihan RIDA Pada November 1956 Dengan Misi "Mempertingkatkan Keilmuan Dan Kepakaran Bumiputera"

Dewan Latihan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957.

uitm.edu.my

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

wikipedia.org

Visi: Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

uitm.edu.my

Misi: Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

uitm.edu.my

UiTM merupakan buah hasil bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Image via panoramio.com

Pada Ogos 2008, Naib Canselor UiTM Dan Pelajar UiTM Membantah Cadangan UiTM Menerima Pelajar Bukan Bumiputra

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10% daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

utusan.com.my

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak bercadang untuk membuka kemasukan kaum bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

utusan.com.my

Pelajar-pelajar UiTM membantah cadangan MB Selangor untuk membuka UiTM bagi pelajar bukan bumiputra.

Image via blogspot.com

Tahukah Anda Ibrahim Ali Telah Dilantik Sebagai Ahli Lembaga UiTM?

Image via amazonaws.com

You may be interested in: