seismik

Cara Buka ‘Buku Pink’ Sebelum Kandungan 12 Minggu, Info Penting Untuk Bakal Mommies!

Buku pink ini ibarat kad pengenalan untuk ibu mengandung, kena sentiasa bawa tau!

Cover image via Relevan & Mejoriti

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang pertama kali bakal bergelar ibu, pasti pada mulanya tidak tahu apa prosedur perlu dibuat di klinik kesihatan betul tak?

Atau mungkin ada yang belum familiar dengan nama 'buku pink'. Ia merupakan buku rekod kesihatan ibu sepanjang tempoh kehamilan sehingga bayi di dalam kandungan lahir nanti.

Penting ke buku pink ini? Ya, sangat penting. Hal ini kerana jika berlaku sebarang komplikasi atau apa-apa kepada anda, buku pink inilah yang menjadi panduan di mana-mana klinik atau hospital sebagai rujukan mereka untuk membuat rawatan seterusnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majoriti

Bila boleh buka buku pink?

Kebiasaannya, buku pink boleh dibuka sebaik saja anda disahkan hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama iaitu minggu ke-12. Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda akan dilabel sebagai 'late booking.

Kemudian, anda perlu mengenal pasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal semasa.

Untuk mereka yang pertama kali ke KKIA bagi pemeriksaan pranatal dan membuka buku pink, anda perlu membawa bersama beberapa dokumen berikut:

- Kad pengenalan diri

- Kad pengenalan suami

- Gambar ukuran passport anda dan pasangan

- Sijil nikah

- Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat

- Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada

Terdapat 3 prosedur pemeriksaan sebelum membuka buku pink:

1. Mengukur tinggi & berat
Jururawat akan mengukur tinggi dan berat untuk merekod kesihatan anda berdasarkan maklumat yang diperlukan seperti kitaran haid, masalah serta sejarah perubatan lampau.

2. Tarikh jangkaan bersalin
Anda akan mengetahui tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang akan dikira berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir.

3. Ujian air kencing

Ujian ini perlu dilakukan bagi memeriksa kandungan protein dan gula dalam air kencing. Jika ini adalah kehamilan pertama, anda akan diberikan suntikan kancing gigi.

Selain itu, anda juga akan dibekalkan dengan vitamin pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi. Ia merupakan makanan tambahan yang wajib diambil sekali sehari bagi menyokong tumbesaran janin.

Selepas selesai semuanya, tarikh janji temu seterusnya akan diberikan dan direkod di dalam buku pink sebagai rujukan.

Makna pelekat di depan buku pink

Untuk pengetahuan anda, terdapat empat warna pelekat iaitu putih, hijau, kuning dan merah. Setiap warna pelekat membawa maksud tahap kesihatan kehamilan anda.

Putih:
Tidak berisiko dan boleh bersalin di mana-mana hospital termasuklah hospital daerah.

Hijau:

Diberikan untuk ibu hamil yang pertama kali mengandung (primid), mempunyai berat badan berlebihan, mengalami penyakit asma, sejarah kelahiran terdahulu melalui vakum dan lain-lain.

Kuning:
Ibu hamil yang mendapat pelekat ini memerlukan pemantauan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G). Antara mereka yang berisiko untuk mendapat pelekat ini adalah ibu hamil dengan penyakit diabetes, darah tinggi, remaja hamil tanpa nikah dan lain-lain.

Merah:
Mereka yang mendapat pelekat ini adalah ibu hamil berisiko tinggi dan memerlukan rujukan segera kepada pakar di hospital besar. Antara keadaan yang berisiko tinggi adalah ibu hamil dengan penyakit jantung dan berlaku kontraksi pramatang.

Jadi, persoalan bila boleh buka buku pink sudah pun terjawab. Jangan lupa bawa buku pink ke mana-mana ya mommies! Tahniah daripada kami atas kehamilan anda!

You may be interested in: