seismik

[GAMBAR] Plastik Dah Kena Ban, Rakyat Thai Guna Cara 'Out Of The Box' Untuk Angkut Barang

Siap ada yang pakai bagasi!

Cover image via

Menjelang 1 Januari 2020 tempoh hari, Thailand mula menguatkuasa larangan beg plastik di semua premis jualan di serata negara

Image via AFP

Larangan beg plastik ini dikuatkuasa bagi memaksa pembeli untuk 'go green', sekali gus mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar yang dilihat semakin meruncing.

Persetujuan di antara pihak kerajaan dan peruncit utama di seluruh Thailand untuk menghentikan pembekalan beg plastik ini berikutan publisiti tentang ancaman hidupan laut serta kempen besar-besaran yang telah diadakan di seluruh dunia.

Walaupun undang-undang ini mungkin baru buat rakyat Thailand, mereka rupa-rupanya lebih selangkah ke hadapan

Rakyat Thai telah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai cara kreatif untuk 'mengangkut' barangan yang dibeli dari kedai runcit.

Barangkali kaedah-kaedah yang diaplikasi oleh mereka ini sememangnya jauh berbeza dengan cara rakyat kita berbelanja. Jujurnya kami tak pernah lihat lagi orang membawa kereta sorong masuk ke dalam 7E seperti lelaki ini. Kelakar!

Memang terbaiklah! Siap ada rakaman video beliau menolak kereta sorong tersebut ke kenderaannya.

Posted by Thitiwut Varoon on Thursday, 2 January 2020

Buat apa nak pakai reusable bags kalau boleh pakai baldi, kan?

Sekali dah angkut, macam-macam barang boleh letak.

Bayangkan, nak beli ais pun tak dapat plastik. Jadi macam mana nak bawa balik rumah?

Jangan risau, rakyat Thai ada cara nak settle-kan!

Siap ada yang pakai tali rafia. Harap-harap dia sempat balik rumah sebelum ais tu cair.

Kalau banyak sangat barang nak beli, boleh guna beg guni terus. Senang!

Koleksi gambar ini telah dimuat naik oleh sebuah laman Facebook berbahasa Thai.

Dalam masa kurang 24 jam, koleksi ini mengumpul lebih 100,000 shares.

Beg guni macam tak cukup style je untuk bawa pergi membeli-belah. Apa kata pakai bakul laundry, barulah gempak!

Asalkan tak bawa baju-baju kotor.

 Pakai tali dan gantung kat belakang also can! Ala-ala petani menuai padi.

Bercakap tentang petani, yang ini lagi ekstra!

Kalau korang rasa pakai kereta sorong tu dah cukup win, kami rasa yang ini lagi unbeatable!

Pakai bagasi weh! Haha.

Okay last, hanya untuk abam-abam dan akak-akak rider sahaja

Memang kreatif betul lah rakyat Thailand. Untuk koleksi penuh, klik sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Aduuhhh, yang ini pun masuk air jugak!

You may be interested in: