seismik

Ini Cara Untuk Syarikat Dapatkan Pelepasan Cukai Kerajaan. Cukai Terlepas, Duit Selamat!

Untuk mereka yang masih belum tahu, take note!

Cover image via Brecorder

Bila bercakap tentang cukai pendapatan, ramai tahu bahawa ianya adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, komisen, kerja lebih masa, elaun dan sebagainya pada setiap tahun

Gambar sekadar hiasan.

Image via iMoney

Namun begitu, masih ramai yang menganggap bahawa cukai ini merupakan 'beban' untuk mereka yang mempunyai tanggungan isi rumah yang agak tinggi pada setiap bulan.

Tak perlu bimbang, anda mungkin layak untuk mendapatkan pelepasan cukai dan ianya merujuk kepada perbelanjaan-perbelanjaan atau perkara-perkara yang dibenarkan untuk ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan supaya dapat mengurangkan pendapatan bercukai.

Namun, bagaimana pula jika sesebuah syarikat atau majikan yang ingin mendapatkan pelepasan cukai dari kerajaan?

Image via Kerjaya.co

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa syarikat atau majikan yang membayar gaji pekerja pada setiap bulan juga kini boleh mendapatkan pelepasan/pengecualian cukai dari kerajaan.

Jika anda pemilik syarikat, insentif ini sangat berguna untuk anda. Tapi sebelum itu, kena tahu juga apakah cara dan syarat yang diperlukan untuk menikmati insentif ini.

Baca di bawah:

1. Majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada individu Orang Kurang Upaya (OKU)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Gempak

Bermula pada tahun 2016, bagi majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 50,000 Orang Kurang Upaya (OKU) akal, akan diberikan pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak dua kali ganda.

Bukan setakat itu sahaja, Pengarah Standard Perburuhan, Kementerian Sumber Manusia iaitu Wan Zulkifli Wan Setapa, berkata majikan akan turut diberikan pelepasan cukai 1/10 daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan menyediakan kemudahan seperti tandas dan bangunan mesra OKU setiap 10 tahun.

2. Insentif cukai akan diberikan kepada syarikat korporat yang mengambil bekas banduan sebagai kakitangan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Kerajaan juga turut memberikan insentif cukai kepada syarikat-syarikat yang mengambil bekas banduan dan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas akan diberikan pelepasan cukai. Tawaran itu adalah untuk kakitangan yang gaji bulanannya tidak melebihi RM4,000.

Sementara itu, pesara yang layak juga akan turut menerima bantuan tahunan sebanyak RM500. Dasar itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan di bawah Bajet 2019. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2019.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia

Image via Malay Mail

3. Majikan atau syarikat boleh mendapatkan pelepasan cukai dengan bantu bayar hutang PTPTN kakitangan mereka

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Untuk pengetahuan anda, semua majikan (merujuk kepada pembayar cukai yang mempunyai perniagaan berdaftar termasuklah perniagaan tunggal) yang menjalankan perniagaan dan membayar cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 layak untuk menikmati insentif pelepasan cukai ini.

Syarat-syaratnya seperti di bawah:

1. Majikan perlu membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak kakitangan.
2. Taraf pekerjaan adalah Sepenuh Masa.
3. Kakitangan tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran sebagai balasan kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh pihak majikan.

Namun begitu, tahukah anda bahawa tiada amaun minimum atau maksimum bayaran balik hutang PTPTN yang diperlukan untuk syarikat atau majikan menikmati insentif ini.

Menarik bukan? Hanya dengan membantu kakitangan untuk bayar balik baki hutang PTPTN mereka, syarikat tersebut layak untuk nikmati insentif pelepasan cukai ini!

Image via Tenor

Majikan layak untuk menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh majikan. Sama ada bayaran ansuran setiap bulan atau penyelesaian penuh dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 ini.

Untuk bukti penyelesaian hutang atau bayaran balik selepas dibuat, majikan boleh mengeluarkan sendiri resit yang telah dicetak sebaik sahaja selesai bayaran telah dibuat melalui portal rasmi PTPTN. Malah, PTPTN akan turut mengeluarkan penyata bayaran hutang PTPTN pada awal tahun 2020 nanti.

"Saya business sendiri dan merupakan majikan kepada perniagaan sendiri. Adakah saya layak untuk dapat insentif ini?"

Gambar sekadar hiasan.

Image via businesssgreen

Jawapannya, tidak layak.

Kerana insentif ini hanya diberikan kepada majikan yang membantu kakitangan untuk membuat bayaran balik hutang PTPTN mereka. Selain itu, antara kategori kakitangan lain yang tidak layak untuk menerima insentif ini adalah majikan yang merupakan pasangan, anak, cucu dan adik-beradik sendiri.

Untuk mengetahui lebih maklumat tentang pelepasan cukai kepada syarikat atau majikan, boleh klik sini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!