seismik

Cerita Penuh Disebalik Pengharaman Gerakan Sisters In Islam (SIS). Apa Sebenarnya Terjadi?

Ada yang menyokong, ada juga yang membantah. Pengharaman Sisters In Islam (SIS) ternyata telah menarik perhatian ramai pihak.

Cover image via SAYS.com

Pada Julai 2014, Kerajaan Selangor Telah Mengeluarkan Fatwa Pengharaman NGO Sisters In Islam (SIS) Kerana Didakwa Berpegang Kepada Fahaman Liberalisme Yang Menyimpang Daripada Ajaran Islam Sebenar

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan Sisters In Islam (SIS) dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

yahoo.com

Badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) telah diharamkan kerajaan Selangor pada Julai 2014.

Image via themalaysianinsider.com

Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas. Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

blogspot.com

Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.

yahoo.com

Pengharaman Itu Disambut Baik Oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali Dengan Berkata Keputusan Oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Itu Perlu Dihormati Oleh Semua Pihak

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Image via mole.my

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyatakan keputusan pengharaman badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) harus dihormati oleh semua pihak.

freemalaysiatoday.com

“Majlis fatwa telah membuat keputusan dan saya ingatkan agar asas keputusan itu harus dihormati,” katanya kepada pemberita.

freemalaysiatoday.com

Pada 31 Oktober 2014, Sisters In Islam Akhirnya Bersuara Menentang Pengisytiharan Fatwa Terbabit Dengan Memfailkan Semakan Kehakiman

Sidang media Sisters In Islam pada 31 Oktober 2014.

Image via themalaysianinsider.com

Badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) hari ini (31 Oktober 2014) memfailkan semakan kehakiman ‎terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.

themalaysianinsider.com

SIS dalam permohonannya mahu ‎membatalkan pengisytiharan fatwa itu, sebaliknya mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.

themalaysianinsider.com

Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Othman Mendakwa Pihaknya Tidak Diberitahu Langsung Tentang Pengharaman‎ Itu. Beliau Kini Mahukan Mahkamah Untuk Menjamin Kedudukan SIS Mengikut Perlembagaan.

"SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu ‎dihormati mengikut Perlembagaan Persekutuan. Kami kecewa ker‎ana tidak diberitahu atau dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum jawatankuasa fatwa mengisytiharkan SIS sebagai menyeleweng."

blogspot.com

Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Othman.

Image via themalaysianinsider.com

"Tidak ada satu pun alasan daripada ‎fatwa mengenainya, malah tidak menjelaskan maksud ‘liberalisme’, ‘pluralisme’, yang bertentangan dengan ‘ajaran Islam dan hukum Syarak’," jelas Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Othman.

yahoo.com

Beli‎au menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa badan agama di Malaysia menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator. Tegasnya, sebarang perbezaan ‎pandangan tentang agama Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa melalui fatwa.

blogspot.com

Pengurus Program SIS, Suri Kempe Pula Menegaskan Pihaknya Mempunyai Hak Untuk Mencabar Fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tersebut Kerana Kebebasan Yang Dijamin Dalam Perlembagaan Telah Disekat

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, Pengurus Program SIS, Suri Kempe berkata NGO itu boleh mengambil tindakan undang-undang kerana asas kebebasan mereka telah disekat.

malaysiakini.com

Pengurus Program SIS, Suri Kempe.

Image via themalaymailonline.com

"Sudah tentu kami berhak secara undang-undang untuk mencabar sesuatu yang cuba menyekat kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan sebagai dasar kita?" soalnya.

malaysiakini.com

Beliau juga mahu penjelasan daripada Azmin berhubung maksud kenyataannya bahawa fatwa yang mengharamkan NGO itu kerana menyebarkan "liberalisme dan pluralisme" mesti dihormati.

onlinemetro.net

Dalam Pada Itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi Berkata Tindakan SIS Mencabar Fatwa MAIS Itu Sekaligus Membuktikan Gerakan Tersebut Menyebarkan Ajaran Islam Yang Terpesong

Kebiadaban Sisters In Islam (SIS) mencabar fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atas pengharamannya kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama adalah bukti bahawa kumpulan tersebut menggerakkan agenda pemesongan ke atas ajaran Islam di negara ini.

pas.org.my

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Image via themalaymailonline.com

"Malah, tindakan SIS itu mencabar institusi Raja Melayu yang menjadi payung naungan Islam di negara ini serta Perlembagaan Negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan," tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

pas.org.my

Katanya, ia sekaligus juga membuktikan SIS mengetuai gerakan untuk menyebarkan ajaran atas nama Islam secara terpesong tanpa menjejak kepada sumber hukum yang nyata yakni al-Quran, al-Hadith, ijmak ulama dan qias.

pas.org.my

Menurutnya Lagi, Tindakan SIS Berkenaan Hanya Meluaskan Sengketa Dan Degil Untuk Menjebak Masyarakat Awam Kepada Aliran Songsang Yang Dinamakan Dengan Islam

Kedegilan SIS dikatakan boleh meluaskan lagi ajaran Islam songsang kepada masyarakat.

Image via thestar.com.my

"Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membarah dalam masyarakat," katanya lagi.

harakahdaily.net

Justeru, ujarnya Pemuda PAS menyokong dan berdiri teguh bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam keputusan itu dan merasa kesal atas keengganan SIS untuk akur dengan keputusan tersebut seterusnya bertaubat dan bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapan.

harakahdaily.net

Tetapi, Berbeza Pula Pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, SIS Tidak Sepatutnya Diharamkan Begitu Sahaja Sebaliknya Perbincangan Dan Forum Perlu Diadakan Bagi Mencapai Kata Sepakat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.

themalaysianinsider.com

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image via themalaysianinsider.com

Anwar berkata, walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhak untuk tidak bersetuju dengan SIS akan tetapi NGO itu tidak seharusnya diharamkan.

informasi.my

“Pendirian saya adalah seharusnya rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dan terus mengadakan perbincangan dan forum. Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan,” kata Anwar.

themalaysianinsider.com

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari Turut Tidak Bersetuju Dengan Keputusan MAIS. Beliau Menyifatkan Tindakan Pengharaman Itu "Sesat" Dan "Satu Langkah Keterbelakang".

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari.

Image via therocket.com.my

Zairil Khir Johari mendakwa fatwa itu akan merugikan rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Islam kerana pihak berkuasa agama gagal memahami kerencaman isu dan advokasi yang diketengahkan Sisters In Islam.

anwaraidc.com

“Hanya kerana kita tidak memahami tidak bermakna kita boleh mengecam mereka sebagai sesat dengan sewenang-wenangnya. Saya menyokong usaha SIS untuk membawa perkara ini kepada rujukan kehakiman dan berharap agar satu keputusan yang bijaksana dapat dicapai bagi memelihara keutuhan kenegaraan kita,” ulas Zairil.

anwaraidc.com

Zairil Menambah, Tindakan MAIS Yang Menganggap Ideologi SIS Sebagai Liberalisme Adalah Tidak Adil Kerana SIS Tidak Pernah Dipanggil Membela Diri Dan Tidak Mengetahui Aspek Mereka Yang Dikaitkan Dengan Liberalisme

Dakwanya, istilah liberalisme adalah sama seperti demokrasi, sosialisme, kapitalisme dan hak asasi manusia di mana ia sering kali disalahguna untuk melabelkan golongan tertentu atas sebab-sebab politik.

mynewshub.cc

Tindakan MAIS mengharamkan ideologi SIS sebagai liberalisme adalah tidak adil kerana SIS tidak pernah dipanggil membela diri.

Image via themalaysiantimes.com.my

Oleh itu, katanya, menganggap ideologi SIS sebagai liberalisme adalah tidak adil kerana SIS tidak pernah dipanggil membela diri dan SIS sendiri tidak mengetahui aspek mereka yang dikaitkan dengan liberalisme dan pluralisme agama.

mynewshub.cc

Beliau turut mendakwa tindakan MAIS mengharamkan SIS atas alasan liberalisme dan pluralisme agama bukan sahaja mengelirukan umat Islam, malah keseluruhan rakyat Malaysia.

mynewshub.cc

Kenyataan Zairil Khir Johari Itu Bagaimanapun Mendapat Tentangan Dari Dr Fathul Bari Dimana Beliau Menganggap Zairil Tidak Matang Dan Mempunyai Tahap Pemikiran Yang Sama Seperti SIS

Zairil Khir Johari disifatkan tidak matang apabila mendakwa fatwa Selangor yang mengharamkan gerakan Sisters In Islam (SIS) dianggap sesat dan satu langkah keterbelakang.

astroawani.com

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (ILMU), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya.

Image via themalaysianinsider.com

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (ILMU), Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Zairil perlu melihat kepada perspektif sebenar yang diberi Jabatan Agama Islam.

astroawani.com

"Saya nampak Zairil yang tidak matang. Pada saya kalau dia hendak kecam Jabatan Agama Islam atau seumpamanya, Zairil boleh masuk SIS. SIS bukan sehari dua begini, masyarakat sudah mengenali SIS sebagai gerakan liberal berdasarkan pendirian dan pegangan mereka selama ini," katanya.

astroawani.com

Jelas Dr Fathul Bari Lagi, Pihak Berkuasa Agama Juga Tidak Harus Berdiam Diri Dan Perlu Bersedia Tampil Ke Mahkamah Bagi Mendakwa Gerakan Pro-Liberal Seperti Sisters In Islam

"Ia gerakan NGO pro-liberal. Pendekatan mereka selama ini menampakkan mereka mendukung ideologi itu. Saya cabar SIS juga, kalau hendak lihat apa keputusannya, masuk mahkamah sama-sama," tegasnya.

astroawani.com

Bagaimanapun ujarnya, masyarakat tidak harus melabelkan SIS sebagai sebuah organisasi bukan Islam atau kafir. "Cuma ideologinya yang tidak diterima Islam. Kita tidak boleh cepat menuduh sesuatu individu atau organisasi itu kafir," katanya lagi.

astroawani.com

Berminat Dengan Kisah Kontroversi Politik Dalam Negara? Dapatkannya Hanya Di SAYS!

You may be interested in: