seismik

Che Ta 'Block' 1,000 Pengikut Di Instagram Kerana Rimas

Lumrah hidup sebagai seorang selebriti, segala gerak geri akan diperhatikan orang ramai.

Cover image via imgur.com

Rozita Che Wan Mendedahkan Dia Berjaya Menyekat Kira-Kira 1,000 Pengikutnya Di Laman Instagram Gara-Gara Kritikan Negatif Yang Selalu Diterima

Kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram milik Rozita Che Wan atau Che Ta telah disekat pelakon itu gara-gara terlalu rimas dengan mesej dan komen yang diberikan.

astrogempak.com.my

Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya.

Image via myartis.my

Rozita, 41, atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.

mstar.com.my

"Kepada Sesiapa Yang Tak Suka Tak Payah Follow. Setakat Ni Saya Dah Block 1,000 Followers," Kata Rozita

“Setiap kali saya memuat naik gambar, ada sahaja komen-komen yang mengutuk dan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya."

astrogempak.com.my

“Sakit juga hati bila baca. Tetapi bagi saya Instagram tu personal saya. Sukahati saya lah nak letak gambar apa pun," tegas Che Ta.

astrogempak.com.my

Che Ta Turut Kecewa Kerana Setiap Kali Memuat Naik Gambar Bersama Suaminya, Zain Saidin, Pasti Ada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati

Gambar kontroversi Che Ta bersama suami yang dimuat naik di ke laman instagramnya.

Image via imgur.com

"Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun. Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang," katanya.

beautifulnara.com

Bagaimanapun dia benar-benar marah apabila isu Zain mewarnakan rambut perang dipersoalkan tanpa peminat mengetahui perkara sebenar.

mstar.com.my

Rambut perang Zain juga dijadikan isu oleh segelintir peminat.

Image via imgur.com

"Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je," tambahnya lagi.

beautifulnara.com

JUGA DI SAYS: BMW X6 Bernilai Lebih RM500 Ribu Bakal Dihadiahkan Che Ta Kepada Anak Sulungnya

You may be interested in: