China Larang Umat Islam Di Xinjiang Berpuasa. Mengapa?
Sambutan bulan Ramadan di Xinjiang, China sangat berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.
Kakitangan Kerajaan, Pelajar Dan Guru Di Wilayah Majoriti Islam Di Xinjiang Dilarang Oleh Kerajaan China Untuk Menjalankan Ibadah Puasa Pada Ramadan Ini
Ini bukanlah kali pertama kerajaan China melarang umat Islam di Xinjiang untuk berpuasa.
Image via blogspot.comChina terus melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini sama seperti sebelum ini, lapor beberapa media antarabangsa.
Menurut sumber AFP, Stesen radio Bozhou dan Universiti TV memberitahu bahawa larangan itu adalah berkuatkuasa dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah tersebut.

Menurut Sumber Dari Portal Al Arabiya News, Larangan itu Telah Dikeluarkan Laman Web Kerajaan China Pada Hari Rabu, 2 Julai 2014
Kerajaan China telah menguatkuasakan perintah tersebut bermula 2 Julai 2014.
Image via froyoplus.comBeberapa jabatan kerajaan menaikkan notis di laman sesawang masing-masing sejak beberapa hari lalu memaklumkan larangan berkenaan. Biro Hal Ehwal Perdagangan di Turfan berkata di laman sesawangnya Isnin lalu bahawa “kakitangan kerajaan dan pelajar tidak boleh berpuasa atau mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan lain.”
Biro Cuaca di wilayah Qaraqash di kawasan barat Xinjiang juga mengikut jejak sama dengan mengatakan tindakan larangan puasa dikuatkuasakan selaras dengan arahan pihak atasan.
selangorku.comBagi Memastikan Umat Islam Tidak Berpuasa, Mereka Diberi Makanan Percuma Manakala Pihak Berkuasa Membuat Pemeriksaan Rumah Ke Rumah
Penduduk di Xinjiang mendakwa bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa.
Image via beritaempat.comPenduduk di Xinjiang mendakwa bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa manakala pihak berkuasa juga membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa.
Tindakan Demikian Diselar Jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit Dengan Menyifatkannya Sebagai Menyekat Kebebasan Beragama
Tindakan kerajaan China itu diselar segelintir pihak termasuk jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit.
Image via doguturkistan.comDalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.
"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang. Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Manakala Di Malaysia, PAS Akan Menuntut Penjelasan Daripada Kerajaan China Berhubung Perkara Itu
Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan tindakan itu melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.
Image via thestar.com.myTimbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata jika laporan itu benar, ianya adalah suatu tindakan yang melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.
"Jika laporan ini benar, PAS membantah larangan ini kerana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia khususnya hak beragama. Ia juga bercanggah dengan dasar negara lain di dunia termasuk Amerika Syarikat dan Britain," katanya
Untuk Makluman, Xinjiang Terletak Di Barat Laut China Dan Didiami Oleh Etnik Uighur Beragama Islam. Kumpulan Ini Pernah Menuntut Kemerdekaan Daripada Pemerintah Di Beijing Suatu Masa Dahulu.
Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik.
China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi ke atas golongan minoriti itu.