'Chow Jack' Diburu Kerana Hina Nabi Muhammmad, Islam, Melayu, Najib Dan Raja-Raja
Laman sosial, jika disalah guna memang boleh membawa padah.
[TERKINI] 'Chow Jack' Yang Menghina Nabi Muhammad Dan Islam Menangis Dipenjara Setahun
Seorang penyelia tapak pembinaan menangis teresak-esak sejurus mahkamah sesyen di Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadapnya atas kesalahan menghantar komen jelik di Facebook berhubung sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun 2014.
sinarharian.com.myTertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama 'Chow Jack' membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha. Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.
hmetro.com.myMun Fai didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini jam 10.30 pagi, 12 Jun 2014.
sinarharian.com.myPendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
hmetro.com.myChow Jack, Seorang Pengguna Facebook Mencetus Kontroversi Apabila Memuat Naik Status Yang Menghina Dan Menyentuh Sensitiviti Agama Islam Serta Kaum Melayu Pada 13 Jun 2014
Seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) yang menggunakan nama Chow Jack dilaporkan bertindak biadap apabila meletakkan status di FB miliknya dengan kata-kata kasar menghina Nabi Muhammad SAW serta sambutan AidilFitri yang disambut oleh umat Islam bulan depan.
klxpress.com.myTinjauan Menerusi Laman Sosial Tersebut Menunjukkan Ramai Pengguna Melemparkan Komen Yang Negatif Disertakan Dengan Kata-Kata Sesat Terhadap Chow Jack
Tidak Cukup Dengan Itu, Chow Jack Turut Membangkitkan Isu Politik Dengan Menghina UMNO Dan Raja-Raja Melayu, Pada Masa Yang Sama Mengangkat Martabat Lim Guan Eng Sebagai Yang Dipertuan Agong
Ekoran Status-Status Melampau Terbabit, Segelintir Netizen Bertindak Menyebarkan Identiti Chow Jack Di Laman Sosial. Menurut Sumber, Chow Jack Atau Chen Siew Loon Berumur 23 Tahun Dan Berasal Dari Ipoh, Perak.
Pada 15 Jun 2014, Lebih 30 Ahli NGO Islam Melaporkan Perkara Tersebut Kepada Pihak Polis Bagi Meminta Polis Melakukan Siasatan Dan Mengambil Tindakan Tegas Terhadap Chow Jack
Lapan badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung sebuah akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan agama Islam.
bernama.comNGO itu terdiri daripada Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Majlis Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang dan Persatuan Sosial Minda Pemikiran.
malaysianreview.comPresiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.
kualalumpurpost.netSiasatan Kini Sedang Giat Dijalankan Oleh PDRM. Orang Ramai Dinasihatkan Supaya Tidak Memburukkan Lagi Keadaan Di Laman Sosial.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook milik individu ‘Chow Jack'.
suara.tvPengarah Kanan Komunikasi Strategik MCMC, Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenainya daripada orang ramai yang mahu tindakan segera diambil ke atas pemilik akaun Facebook berkenaan.
therakyatpost.comSementara itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan lagi kandungan berkenaan di dalam media sosial.
therakyatpost.com