seismik

Cuba Lompat Pagar Sekolah Tetapi Tertusuk Lengan Pula

Gara-gara ingin pulang awal dengan memanjat pagar sekolah, tangan kiri seorang pelajar tingkatan lima tertusuk jeriji pagar.

Cover image via mynewshub.my

AMARAN: KANDUNGAN GRAFIK

Pada 21 Mei 2014, Seorang Pelajar Tingkatan Lima Berhadapan Situasi Mengerikan Apabila Lengan Kirinya Tertusuk Pada Jeriji Pagar Yang Cuba Dipanjat Semasa Sesi Persekolahan

Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu.

hmetro.com.my

Gara-gara ingin pulang awal dengan memanjat pagar sekolah, tangan kiri seorang pelajar tingkatan lima tertusuk jeriji pagar.

Image via wp.com

Kejadian berlaku pada 21 Mei 2014 jam 12 tengah hari. Pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci.

hmetro.com.my

Tindakan Itu Dilakukan Gara-Gara Mahu Pulang Awal Ke Rumah Selepas Selesai Menduduki Peperiksaan. Mangsa Bagaimanapun Tersangkut Pada Jeriji Pagar Berkenaan Selama Hampir Sejam.

Muhd terpaksa menahan kesakitan selama hampir seja sebelum pihak bomba tiba.

Image via blogspot.com

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Muhd berkata, dia bersama rakan lain baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan dan memanjat pagar sebagai jalan pintas untuk pulang.

sinarharian.com.my

"Saya gagal melepasi pagar tersebut lalu terjatuh sehingga menyebabkan tangan saya tersangkut pada jeriji pagar berkenaan. Saya yang berada dalam keadaan tergantung ketika itu terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat selama hampir sejam, sebelum pihak bomba tiba," kata Muhd.

astroawani.com

Pihak Bomba Tiba Di Lokasi Kejadian Hampir Sejam Kemudian Dan Mengambil Masa 5 Minit Untuk Memotong Jeriji Pagar Tersebut Menggunakan 'Hydraulic Cutter'

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamaruzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.11 tengah hari dan segera ke lokasi kejadian dengan kekuatan tujuh anggota.

sinarharian.com.my

Phak Bomba menggunakan ‘Hydraulic Cutter’ untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.

Image via blogspot.com

Phaknya menggunakan ‘Hydraulic Cutter’ untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.

tranungkite.net

Pihak sekolah turut sama membantu dalam operasi menyelamatkan pelajar tersebut.

Image via blogspot.com

"Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan," katanya.

hmetro.com.my

Ekoran Kejadian Tersebut, Mangsa Menerima 30 Jahitan Pada Lengan Kirinya Itu Namun Berasa Bersyukur Kerana Kecederaan Dialaminya Tidak Begitu Serius

Muhd tidak mengalami cedera yang serius.

Image via blogspot.com

"Syukur Alhamdulillah kerana ia tidak mencederakan tulang mahupun saluran darah utama. Kejadian ini memberikan pengalaman yang sukar dilupakan dan pengajaran bermakna juga kepada saya serta rakan," kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

sinarharian.com.my

Berikutan kejadian itu, Muhd menerima 30 jahitan selepas dirawat di Hospital Pasir Mas.

sinarharian.com.my

Juga Di SAYS: Besi Tertusuk Pipi Murid Tahun 4 Sedalam Lima Inci

You may be interested in: