Cuba Teka Berapa Ribu Peniaga Mercun Untung Semasa Musim Perayaan?
Setiap kali musim perayaan, ramai yang memilih untuk menjual mercun demi mendapatkan wang saku lebih.
Pulangan Lumayan Hasil Jualan Mercun Menjadi Faktor Utama Segelintir Individu Berniaga Mercun Biarpun Menyedari Perbuatan Tersebut Menyalahi Peraturan Dan Boleh Meragut Nyawa Seseorang
Rata-rata peniaga mengakui tindakan tersebut hanya bagi mencari pendapatan lebih untuk digunakan sebagai persiapan keperluan hari raya.
sinarharian.com.myMalah, mereka tidak menafikan turut menjual mercun terlarang, namun bukannya secara terbuka, selain berurus niaga dalam keadaan penuh kebimbangan kerana khuatir diserbu pihak berkuasa.
informasi.mySeorang Peniaga Yang Dikenali Sebagai Kak Sah Berkata Meniaga Barangan Lain Hanya Membawa Keuntungan Kecil. Keuntungan Menjual Mercun Boleh Mencecah Sehingga RM8,000 Ketika Musim Perayaan.
“Rata-rata peniaga mercun seperti saya tahu kegiatan ini menyalahi undang-undang, namun demi belanja raya, kami buat juga. Untung niaga ini besar, harga sepeket mercun RM4 boleh dijual RM10, siapa yang tidak mahu?"
sinarharian.com.my"Setiap kali musim perayaan, Kak Sah dapat untung banyak... boleh cecah RM8,000," kata Kak Sah.
informasi.myDahulu, Setiap Kali Musim Perayaan Pelanggan Akan Cuba Mencarinya Untuk Mendapatkan Mercun Terlarang. Namun, Rezekinya Tak Selumayan Dulu.
"Tahun ini hampir tiada pembekal yang tawarkan mercun dan jika ada hanya bunga api serta mercun tertentu sahaja. Saya cuba minta mercun popular dan mendapat permintaan tinggi seperti mercun bola, tetapi mereka tidak sanggup beri kerana tidak mahu tanggung risiko," katanya lagi.
sinarharian.com.myDalam pada itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata hanya dua jenis mercun sahaja dibenarkan iaitu jenis pop pop dan happy boom.
sinarharian.com.myAntara mercun berbahaya yang terdapat dipasaran gelap ialah mercun bola, mercun naga dan mercun roket yang mengeluarkan dentuman kuat dan boleh mencederakan orang.
bharian.com.mySeorang Lagi Peniaga, Amin Juga Mengakui Tertarik Untuk Menjalankan Perniagaan Mercun Kerana Keuntungannya Yang Berlipat Kali Ganda
"Disebabkan untung lumayan, tertarik untuk cuba berniaga pada hari-hari tertentu sahaja. Jika kesihatan tidak mengizinkan, saya berniaga bunga api ini kerana tidak larat buat persiapan jualan utama saya itu."
sinarharian.com.my“Saya hanya keluarkan modal kira-kira RM500 sahaja untuk mercun dan bunga api. Kawan kata keuntungan nanti lebih sekali ganda. Lebih untung lagi kalau kita jual mercun yang popular seperti mercun bola atau telur," kata Amin.
informasi.myMenurutnya, Berniaga Mercun Dan Bunga Api Lebih Mudah Jika Dibandingkan Dengan Perniagaan Lain. Hanya Letakkan Sahaja Di Atas Meja Dan Pelanggan Akan Terus Datang Tanpa Perlu Dipromosi.
"Jika berniaga makanan atau minuman, banyak yang kena buat, perlu buat persiapan dari rumah, memasak dan menyediakan keperluan," katanya.
sinarharian.com.myNamun, Amin tidak sanggup menjual mercun yang berbahaya seperti mercun bola, apatah lagi banyak kes mangsa mercun yang berlaku masa kini disebabkan mercun bola. Dia berkata, "Saya hanya jual bunga api dan mercun biasa seperti Pop-pop serta gasing."
informasi.my