"Baba Cakap Nak Curi Tepon" - Kantoi Cuba Curi Telefon & Dompet Lepas Anak Terlepas Cakap
Anda pernah lihat kejadian sebegini?
Pernah atau tidak, ketika anda menjamu selera di sebuah restoran, dan ketika anda bangun dari meja makan untuk mengambil sesuatu, barang kepunyaan anda di atas meja diambil seseorang?
Begitulah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook, Husna Meow, yang menceritakan bagaimana dompet dan telefon bimbitnya hampir dicuri seorang lelaki di sebuah restoran KFC sewaktu beliau meninggalkan meja makan untuk mengambil sos yang berdekatan dengan meja tersebut.
Menurutnya, pada awalnya selepas tertangkap, lelaki itu kononnya memberitahu bahawa dia menyangka seseorang telah tertinggalkan barang tersebut dan dia ingin memulangkannya pada kaunter KFC.
Tetapi, lain pula ceritanya selepas dia kantoi oleh anak kecilnya sendiri.
Status tersebut telah mendapat lebih 2 ribu perkongsian di laman Facebook. Baca kisah yang dikongsinya di bawah:
Orang ramai yang membaca post tersebut, berasa sangat marah dan juga terkejut kerana terdapat ibu bapa yang sanggup mengajar anak mereka melakukan kejahatan seperti itu
Setelah status itu viral, apa yang mengejutkan ialah terdapat segelintir pihak yang menyalahkannya kerana bersikap cuai
Dia kemudiannya memuat naik status baru di laman Facebook, dan mengakui bahawa itu salahnya sendiri kerena telah meninggalkan barang miliknya di atas meja tersebut.
Tetapi apa yang ingin disampaikannya melalui post tersebut adalah untuk mengingati orang ramai atas kecuaian yang dilakukannya.
"Saya telah mematikan notifications pada post terdahulu dan hanya siarkannya kepada rakan-rakan kerana beberapa page memutuskan untuk menjadikannya viral. Maaf jika saya tidak membalas sebarang komen pada thread itu. Untuk membalas beberapa komen di sana, ya saya setuju bahawa semuanya adalah kesalahan saya, saya juga telah menyatakan sejak awal lagi. Lelaki itu bukan pencuri seperti yang anda katakan, dia seorang yang oportunis.
"Btw, pada mulanya post itu hanya dimaksudkan sebagai peringatan kepada kawan-kawan saya untuk tidak menjadi cuai seperti saya. Saya tidak bermaksud untuk memalukan orang lain. Tuhan tahu itu bukan kali pertama saya melakukan kecuaian yang menyebabkan saya mendapat masalah. Ada juga yang berkata. kenapa saya tidak mengambil gambar keluarga tersebut. Untuk pengetahuan anda, saya lakukannya tetapi tidak, saya tidak akan memuat naik gambar mereka. Ingat lagi seorang lelaki yang mengambil gambar seorang lelaki dan seorang wanita merokok di hadapan anak-anaknya? Saya bersetuju perbuatan tersebut adalah salah, tetapi saya tidak percaya pada kuasa penghakiman, menghina dan menghukum orang.
"Sesetengah orang berpendapat bahawa kanak-kanak berkata secara spontan yang kadang-kadang memalukan ibu bapa dan saya bersetuju tentang itu. Salah seorang pesakit saya pagi ini membawa anak lelakinya dan dia berkata kepada saya telefon saya sangat berkilauan dan cantik. Dia kemudiannya memberitahu ibunya yang dia ingin bermain dengan telefon saya yang benar-benar membuat saya berfikir, lelaki itu mungkin malu dan tidak berpeluang untuk menerangkan perkara sebenar. Dan jika post tersebut telah sampai ke pengetahuan beliau, saya benar-benar minta maaf dan anda boleh menghubungi saya jika anda ingin menerangkan perkara sebenar. Dan walaupun anda tidak mahu lakukannya tidak mengapa, saya tidak akan mendedahkan gambar anda kepada orang ramai. Itu bukan cara saya. Tiada jenayah dan kemudaratan yang dilakukan kepada saya dan saya tidak berniat untuk memalukan sebuah keluarga yang mungkin hanya ingin bersenang-senang di KFC seperti yang saya lakukan, tetapi entah bagaimana kecuaian saya telah membuat keseluruhan perkara kedengaran pelik.
"Untuk pengetahuan anda, insiden itu sendiri tidak menakutkan saya sepertimana beberapa komen toksik dalam post sebelum ini. Tetapi saya rasa ia memberikan gambaran sebenar masyarakat kita. Ini adalah yang pertama dan terakhir saya mengulas tentang isu ini," tulisnya di sini.