Elak Isteri Meroyan, MTUC Kata Suami Layak Terima Cuti Sebulan Dengan Gaji Penuh
Semata-mata demi anak dan isteri.
Bagi mengelakkan ibu-ibu mengalami meroyan selepas bersalin, suami sepatutnya diberi cuti sebulan dengan gaji penuh
Cadangan ini telah dibuat oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) beberapa hari lalu. MTUC menganggap setiap suami yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta layak mendapat cuti bersalin selama sebulan dengan bayaran gaji penuh untuk bersama-sama isteri.
Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja buat masa kini masih tidak mencukupi.
Menurut sumber, suami atau bapa diberi cuti selama HANYA tujuh hari untuk kakitangan kerajaan
Durasi cuti bagi kakitangan swasta pula bergantung kepada ihsan majikan masing-masing.
“Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita teliti paternity leave kerana apa yang kita lihat masa sekarang untuk perkhidmatan awam mereka dapat tujuh hari, kadang-kadang ada negeri dua minggu dan di swasta kalau keutamaan dia bagi lima hari atau kurang, dan ada kebanyakan syarikat swasta tidak beri peluang bapa untuk berada di sisi isteri semasa anak dilahirkan," kata J. Solomon.
sinarharian.com.myCadangan itu diketengahkan susulan semakin banyak kes melibatkan pospartum psikosis atau meroyan yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin
Menurutnya lagi, masalah perubahan emosi wanita selepas bersalin akan dapat diatasi sekiranya suami berada di sisi. Suami juga berhak mendapat cuti panjang demi untuk menjaga isteri dan membesarkan anak dengan lebih baik.
"Kita tidak mahu kejadian seperti yang menimpa golongan ibu selepas bersalin baru-baru ini yang bertindak membunuh bayinya kerana dipercayai akibat Pospartum Psikosis. Janganlah kita biarkan lebih ramai yang meninggal baru kita hendak bertindak sesuatu,” ujar Solomon.
sinarharian.com.myJ. Solomon menyeru kerajaan agar dapat menguatkuasakan cadangan ini bagi memastikan suami atau bapa mendapat cuti sebulan selepas isteri bersalin
"Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu.
“Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga yang lebih sempurna," katanya lagi.