Dahi Warga Nepal Ditembusi Kayu Sepanjang Satu Meter
Warga Nepal mengalami saat getir apabila kayu sepanjang satu meter terpelanting lalu menembusi dahinya.
Nasib Seorang Pekerja Kilang Papan Warga Nepal Ibarat Nyawa Di Hujung Tanduk Apabila Dahinya Ditembusi Serpihan Kayu Sepanjang Satu Meter Dalam Satu Kejadian Di Gemas Pada 7 Julai 2014
Seorang lelaki warga Nepal terpaksa menanggung kesakitan lebih sejam sebelum dia menerima rawatan kecemasan di Hospital Segamat, Johor selepas dahinya tertusuk serpihan kayu di sebuah kilang papan.
utusan.com.myKejadian mengerikan jam 8.51 pagi itu berlaku apabila serpihan kayu berkenaan dipercayai terpelanting dari mesin pemotong lalu tertusuk dahi mangsa secara menyerong hingga menembusi bahagian kanan kepala mangsa.
hmetro.com.myMajikannya Segera Menghubungi Klinik Kesihatan Gemas Bagi Membantu Menghantar Mangsa Mendapatkan Rawatan Lanjut Di Hospital Terdekat Namun Terdapat Sedikit Masalah
Sebaik bantuan tiba, mangsa sukar untuk dimasukkan ke dalam ambulans disebabkan kayu yang menembusi bahagian dahinya agak panjang serta terkena bahagian dalam ambulans berkenaan.
sinarharian.com.myPihak klinik menghubungi bomba bagi membantu mereka memotong kayu berkenaan sebelum mangsa dapat dibawa ke hospital.
sinarharian.com.myPihak Bomba Yang Tiba Di Lokasi Kejadian Beberapa Minit Kemudian Mengambil Masa Hanya 7 Minit Untuk Memotong Kayu Itu Menggunakan Mesin Pemotong Khas
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Kamarudin Salleh berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada pihak klinik kira-kira pukul 8.52 pagi mengambil masa tujuh minit untuk memotong kayu berkenaan.
utusan.com.my"Bomba mengambil masa tujuh minit untuk memotong kayu itu menggunakan mesin pemotong khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan, selain mengelak kecederaan lebih serius," katanya.
bharian.com.myMangsa Bagaimanapun Selamat Dan Kemudian Dihantar Ke Hospital Segamat Untuk menjalani Pembedahan
Selepas dipotong, mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk menjalani pembedahan mengeluarkan baki serpihan kayu pada dahinya.
hmetro.com.my