Dapatkan Maklumat Terkini #Belanjawan2019 Melalui WhatsApp Hanya Dengan 'Save' Nombor Ini!
Lebih mudah dan cepat!
Seperti yang anda sedia maklum, bajet 2019 akan mula dibentangkan di Parlimen pada hari Jumaat ini, 2 November
Sementara itu, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) akan memastikan bahawa setiap individu akan menerima segala maklumat yang terkini mengenai bajet terbaru yan bakal dibentangkan oleh kerajaan baharu, Pakatan Harapan.
Saluran tertentu juga telah ditetapkan bagi memudahkan mereka untuk memberikan update terkini dengan lebih mudah kepada setiap individu. #Belanjawan2019 akan disiarkan melalui TV, FB Live dan kini yang lebih menarik; anda juga akan menerima maklumat terkini tentang bajet yang bakal dibentangkan melalui aplikasi Whatsapp.
Saluran Whatsapp khas ini akan membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat yang paling cepat dan tepat terus dari Kementerian Kewangan Malaysia mengenai #Belanjawan2019
Untuk melanggan, anda hanya perlu menhantar “Hello MOF” ke nombor 011-1000 3001. Ini merupakan nombor rasmi Kementerian Kewangan Malaysia khusus untuk penggunaan Whatsapp.
Selain itu, anda juga boleh menekan terus ke LINK INI untuk melanggan terus ke Whatsapp tersebut.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai #Belanjawan2019 ini, anda boleh terus ke Facebook Kementerian Kewangan Malaysia atau Twitter @mofmalaysia