seismik

Datuk Kepada 48 Cucu Ditangkap Berkhalwat Dengan Wanita 31 Tahun

"Hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini."

Cover image via Calin B Photography

Alias Salleh, seorang datuk dan bekas guru berumur 78 tahun mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak dan 48 cucu

Seorang bekas guru yang mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak, 48 cucu dan empat cicit dihukum denda RM2,400 selepas didapati bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

bharian.com.my

Pada 10 Mei 2014, Alias ditahan berdua-duaan dengan seorang tukang cuci berumur 31 tahun di sebuah rumah di Kuala Terengganu

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

sinarharian.com.my

Alias, yang sekarang masih beristeri, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan atau didenda RM2,500

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

bharian.com.my

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

sinarharian.com.my

“Dengan peringkat umur kamu Ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini," kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.

sinarharian.com.my

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

sinarharian.com.my

Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.

bharian.com.my

Baca berita lain di SAYS:

You may be interested in: