seismik

DBKL Bakal Tutup Downtown Cheras

Tapak Downtown Cheras didakwa telah dibeli oleh syarikat kain terkemuka di Malaysia. Syarikat apa?

Cover image via kldowntown.com

Downtown Cheras, Salah Satu Tempat Membeli Belah Kegemaran Orang Ramai Telah Diarah Tutup Oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Bazaar larut malam, Downtown Cheras bakal ditutup.

Image via kldowntown.com

Sebelum ini, khabar angin ada mengatakan bahawa pihak berkuasa akan menghentikan kehangatan perniagaan barangan murah yang selama ini telah banyak membantu ekonomi para peniaga kecil terutamanya orang Melayu kerana tapak tersebut telah dijual.

ohartis.com

Menurut Sumber, Tapak Downtown Cheras Dikatakan Telah Dibeli Oleh Syarikat Gedung Kain Terkenal, JAKEL Bagi Tujuan Pembangunan

Syarikat Jakel Trading dikatakan telah memebeli tapak Downtown Cheras.

Image via blogspot

Tapak pasar malam terkemuka itu juga didakwa sudah dijual kepada Syarikat Jakel Trading untuk tujuan pembangunan.

melvister.com

Peniaga Hanya Diberi Notis Selama Sebulan Untuk Menghentikan Perniagaan Malah Tiada Tempat Ganti Akan Disediakan Kepada Mereka

Surat pekeliling DBKL mengenai penutupan Downtown Cheras telah diedarkan dimana peniaga perlu menghentikan segala aktiviti perniagaan dikawasan terbabit dalam tempoh sebulan.

melvister.com

Notis tersebut juga menyatakan tiada lagi tempat ganti akan disediakan oleh DBKL buat masa ini.

ohartis.com

Imej notis pemberitahuan untuk memberhentikan aktiviti perniagaan dan pengosongan tapak.

Image via melvister.com

Imej notis pemberitahuan untuk memberhentikan aktiviti perniagaan dan pengosongan tapak.

Image via mynewshub.my

Jadi, Bagaimanakah Nasib Peniaga-Peniaga Yang Selama Ini Mencari Rezeki Di Downtown Cheras? Sama-Sama Kita Nantikan.

Image via kldowntown.com

Selain Downtown Cheras, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang, Nasi Kandar Line Clear Turut Mengalami Nasib Yang Sama