DBKL Kini Dibantu Car Medic Dalam Usaha Melupuskan Kenderaan Buruk & Tersadai Di Kuala Lumpur

Syarikat itu turut mengendalikan keseluruhan rantaian operasi termasuk logistik, stor simpanan serta pelupusan secara lestari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Auto Recycling World

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program pelupusan kenderaan buruk dan tersadai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini diperkasa dengan penglibatan Car Medic Sdn. Bhd. sebagai pengendali utama

SAYS.com
Image via Car Medic (Facebook)

Ia sekali gus mempercepatkan usaha membersihkan ibu kota daripada kenderaan usang.

Menurut laporan Kosmo!, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fadlun Mak Ujud berkata, pelantikan Car Medic melalui tender sejak Februari lalu membolehkan proses tunda, penyimpanan dan pelupusan dilaksanakan secara lebih sistematik dan cekap.

Menurut beliau, syarikat itu turut mengendalikan keseluruhan rantaian operasi termasuk logistik, stor simpanan serta pelupusan secara lestari.

"Car Medic juga terlibat dalam pelaksanaan program ini, termasuk membantu pemilik melengkapkan proses pelupusan dengan lebih cepat dan teratur," katanya.

Fokus kawasan perumahan awam, lebih 700 kenderaan sudah dilupuskan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Auto Recycling World

Beliau berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama, program tersebut memberi tumpuan kepada kawasan perumahan awam DBKL yang merekodkan lebih 1,100 kenderaan tersadai setakat Mac lalu.

Sehingga awal April tahun ini, sebanyak 768 kenderaan telah dilupuskan, manakala DBKL menyasarkan sekitar 1,200 kenderaan dapat diselesaikan sepanjang tahun ini.

Dalam masa sama, DBKL memberi amaran bahawa tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pemilik yang gagal memberikan kerjasama.

"Jika gagal patuh, pemilik perlu jelaskan kompaun sehingga RM500 selain kos tunda dan caj simpanan harian sebelum kenderaan boleh dituntut," katanya.

Cabaran pelaksanaan libatkan tindakan undang-undang

Tambah beliau, kehadiran Car Medic dilihat mampu mempercepatkan proses pelupusan yang sebelum ini berdepan kekangan tertentu.

"Dengan adanya Car Medic, proses pelupusan secara sukarela lebih mudah, tetapi cabaran utama adalah terhadap kenderaan yang perlu diambil tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berharap lebih ramai penduduk tampil menyertai program pelupusan berkenaan.

"Ini antara pembaharuan penting DBKL untuk selesaikan masalah harian warga kota secara berperingkat," katanya.

DBKL menegaskan bahawa kerjasama bersama Car Medic akan terus diperkukuh bagi memastikan pelupusan kenderaan tersadai dilaksanakan secara lebih cekap, tersusun dan mampan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: