seismik

'Saya Nak Ganti Rugi' - Lelaki Dakwa DBKL Rosakkan Basikal Miliknya Bernilai RM3,000

#JusticeForEjump

Cover image via Fatimah Noor/Facebook

[TERKINI] Basikal rosak telah dituntut tapi DBKL belum bayar ganti rugi sebanyak RM3,500

Image via SAYS

Rentetan daripada kes basikal milik Ejump disita oleh DBKL minggu lalu, kini beliau telah mendapatkan kembali basikal tersebut dalam keadaan rosak dari Stor Simpanan Tunda dan Sita DBKL di Taman Miharja.

Walaupun basikal dalam keadaan rosak, Ejump tetap perlu membayar kompaun selepas basikal beliau ditahan selama 8 hari. Kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM240; RM100 untuk cas kompaun, RM100 untuk cas sita dan RM40 (RM5 X 8 hari simpanan).

"Sekarang ini, kompaun telah dibayar. Tanggungjawab kami membayar kompaun telah selesai. Apa lagi alasan pihak DBKL untuk tidak membayar ganti rugi kami?" tegas Ejump.

Bukti body frame basikal telah remuk dan calar.

Image via SAYS

Katanya lagi, dia bersama rakannya, Fatimah telah mengikir prosedur yang betul tanpa sebarang bantahan dari hari pertama lagi sehingga sekarang. Jadi, tidak ada alasan lagi bagi pihak DBKL untuk tidak membayar ganti rugi kepada mereka.

13 Feb 2017: Kecoh satu isu di mana sebuah basikal milik seorang lelaki telah didapati hilang setelah diletakkan di perhentian bas Wisma Sentral bersebelahan KLCC

Basikal jenis Cyclocross Bombtrack Arise berwarna hitam itu disedari hilang pada jam 9.30pm ketika pemiliknya, Khirunnizam Mohd Lani datang untuk mengambil untuk pulang ke rumah.

Basikal Bombtrack/Arise Cyclocross 2016 (Saddle Brooks C15) yang dilapor hilang.

Image via Fatimah Noor/Facebook

Pada mulanya, Khirunnizam atau Ejump diberitahu bahawa barangkali basikal tersebut telah disita oleh pihak DBKL. Namun, beliau tidak dapat mengesahkan maklumat berkenaan sama ada basikalnya disita atau dicuri. Pengesahan ini hanya boleh dibuat pada keesokan hari (Selasa, 14 Februari 2017) di pejabat DBKL.

Menurut Ejump, rantai basikal yang digunakan untuk mengunci basikal tersebut telah dipotong sebelum dilarikan. Menurut beliau lagi, basikal itu diletakkan tidak sampai satu jam di perhentian bas Wisma Sentral.

Rantai kunci basikal yang telah dipotong.

Image via Fatimah Noor/Facebook

Sangkaan Ejump tepat keesokan harinya setelah pergi ke pejabat DBKL di Taman Miharja. Basikal beliau sememangnya telah disita dan ditemui di bawah simpanan Stor Sita dan Tundaan DBKL.

Walau bagaimanapun, apa yang memeranjatkan ialah basikal Bombtrack Arise miliknya yang bernilai dalam lingkungan RM3,000 itu ditemui dalam keadaan rosak teruk di dalam stor berkenaan.

Body frame basikal remuk, kabel brek putus, handbrake patah, tempat duduk basikal diconteng dan rosak, dan macam-macam lagi. Bukan saja basikal remuk, Ejump didapati bersalah dan tertakluk untuk membayar kompaun sebanyak RM300. DBKL menggunakan alasan bahawa basikal Ejump yang diletakkan di perhentian bas itu telah menghalang laluan.

Body frame remuk dan calar.

Image via Fatimah Noor/Facebook

Kabel brek putus.

Image via Fatimah Noor/Facebook

Menurut Ejump, selama setahun setengah beliau meletakkan basikal di perhentian bas Wisma Sentral, tidak pernah lagi timbul isu sebegini. Walhal, basikal yang dikunci di situ tidak langsung menghalang laluan.

Lebih mendukacitakan, tidak ada langsung kemudahan untuk meletakkan basikal diwujudkan di kawasan berkenaan. Namun, penunggang basikal terpaksa menerima tindakan sedemikian dari pihak DBKL.

Berikut adalah cerita penuh yang ditulis oleh seorang kenalan Ejump, Fatimah Noor di Facebook:

Borang akuan sita dari DBKL.

Image via Fatimah Noor/Facebook

"Nak sita basikal, nak caj kompaun pada kami, itu semua tak ada masalah. Tapi kenapa basikal Ejump sampai jahanam dan rosak teruk? Kami nak tuntut ganti rugi dari DBKL!" kata Fatimah kepada SAYS.

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Ejump dan Fatimah mengikut prosedur dan saluran yang betul dalam menuntut ganti rugi. Mereka telah pergi ke Pejabat DBKL di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Khamis lalu, 16 Februari 2017 bagi menyerahkan Surat Tuntutan Ganti Rugi dan juga Borang Pengurangan Kompaun bagi kes ini.

Fatimah berkata kedua-dua dokumen tersebut telah diterima oleh pihak DBKL. Mereka berharap agar tuntutan ganti rugi ini dapat diproses secepat mungkin dan juga kompaun dikurangkan.

Namun begitu, basikal milik Ejump yang telah mengalami major damaged itu masih belum diberi kebenaran untuk dituntut. Syarat yang dikuatkuasakan ialah mana-mana barangan yang disita hanya boleh dituntut selepas 7 hari kejadian.

"Kami telah pun menggunakan saluran yang betul dalam menuntut hak kami. Situasi ini tidak sepatutnya terjadi tetapi kami terpaksa akur. Kami tidak mahu kes ini berlanjutan lebih lama dan berharap agar ia boleh diselesaikan segera tanpa sebarang masalah," ujar Fatimah.

Tetapi, nak dijadikan cerita, sekumpulan penunggang basikal telah mengadakan satu protes #BEBASikal di hadapan bangunan DBKL Ahad lalu atas tanda solidariti terhadap Ejump

Image via Twitter

Protes ini tidak berakhir dengan baik apabila tercetus kekecohan sehingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Kebanyakan media melaporkan bahawa individu tersebut yang dikenali sebagai Bani ditahan kerana menumbuk seorang pegawai DBKL semasa protes berlangsung.

Laporan media mengenai insiden tumbuk oleh Bani.

Image via Fahmi Reza/Facebook

Bagaimanapun, laporan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian mengesahkan bahawa Bani tidak menggunakan sebarang kekerasan langsung ke atas pegawai DBKL bertugas berkenaan.

Posted by Aina Shaha on Sunday, February 19, 2017

Sebaliknya, beliau dituduh "telah dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam yang menjalankan kewajipannya" di dalam laporan media.

Sumber daripada saksi-saksi turut memberitahu tuduhan ini tidak berasas. Bani sebenarnya yang menjadi mangsa kekerasan dan bukan beliau yang menumbuk pegawai DBKL itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

Selepas 31 jam berada dalam tahanan, Bani dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500

Sementara itu, Ejump dan Fatimah masih menunggu untuk menuntut basikal yang disita tersebut di pejabat DBKL Taman Miharja

Mereka juga berharap agar pihak DBKL dapat memberi kerjasama dengan membayar ganti rugi terhadap harta orang awam yang telah dirosakkan.

"Kami ada hak untuk mendapatkan ganti rugi. DBKL tidak sepatutnya merosakkan harta orang awam. Ini bukan soal harga basikal yang mencecah ribuan Ringgit, tetapi lebih kepada hak kami sebagai orang awam untuk berjuang demi keadilan. Penindasan sebegini harus dihentikan," tegas Fatimah.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kes tumbuk-menumbuk dah jadi macam perkara biasa pulak kan?

You may be interested in: