Dewan Sekolah Putrajaya Presint 14 (1) Dilaporkan Terbakar, Semua Pelajar & Guru Selamat

Difahamkan, punca kejadian masih dalam siasatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1) terbakar semalam

Kebakaran ini telah memusnahkan semua ruang belakang pentas yang menyimpan banyak perabot sekolah.

Kejadian mula berlaku pada kira-kira pukul 6 petang dan mujur tidak membabitkan sebarang kecederaan dan kemalangan dalam kalangan guru dan pelajar yang sedang menjalani latihan sukan.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14, Penolong Penguasa Bomba Dianty Hussain mengatakan pasukan seramai 12 anggota dan sebuah jentera ke lokasi kejadian pada pukul 6:10 petang.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Operasi pemadaman dilakukan segera tetapi punca kejadian masih dalam siasatan

"Operasi pemadaman segera dilakukan sebaik tiba dan kebakaran berjaya dikawal pada 6.30 petang.

"Kebakaran membabitkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas yang berkeluasan 12×50 kaki persegi,"
katanya.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Walaupun persekolahan sudah tamat namun latihan sukan sedang dijalankan ketika kejadian berlaku.

Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan dua aliran, tiga nozel dan juga bantuan tambahan daripada dua hos. Dianty menambah bahawa setakat ini punca kejadian kebakaran ini masih dalam siasatan.

SAYS.com
Image via Harian Metro / YouTube

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: