Gara-Gara Hubungi Uber, Gadis Ini Dimaki Dan Diekori Beberapa Pemandu Teksi Di Stesen KTM

Kejadian berlaku di stesen KTM Batang Benar.

Masih ada pemandu teksi yang tidak gemar dengan perkhidmatan Uber & Grab yang didakwa menyebabkan mereka kehilangan pendapatan

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan sudahpun meluluskan perkhidmatan Uber & Grab. Perkhidmatan ini juga telah mendapat sambutan kerana menawarkan harga yang berpatutan dan memudahkan perjalanan.

Namun kejadian seperti yang dinyatakan oleh Alice di akaun Twitter miliknya memberikan imej yang tidak baik kepada golongan pemandu teksi

Alice mendakwa pemandu teksi telah mengancam beliau kerana melanggan perkhidmatan Uber di sekitar KTM Batang Benar.

Perkongsian ini telah menerima lebih daripada 9k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Cerita bermula apabila Alice yang ketika itu baru tiba di stesen KTM Batang Benar menghubungi Uber, tanpa mengetahui perkhidmatan tersebut telah diharamkan di situ.

Sejurus pemandu Uber sampai, tiba-tiba terdapat 5 hingga 6 orang pemandu teksi menghampiri kereta tersebut.

Difahamkan pemandu teksi telah berkelakuan kurang ajar dan memaksa pemandu Uber menurunkan Alice serta-merta

Selepas itu, seorang pemandu teksi memberikan notis kepada pemandu Uber tersebut dan memberitahu bahawa Uber dilarang sama sekali untuk mengambil penumpang di kawasan itu.


Seorang lagi pemandu teksi pula bertindak membuka pintu kereta dan meminta pemandu Uber itu pergi. Lalu, pemandu Uber berkenaan terpaksa akur dan Alice terpaksa keluar dari kenderaan.

Pemandu teksi terus memarahi Alice dan memberi amaran bahawa beliau tidak boleh membuat tempahan Uber di situ.

Lebih teruk, seorang pemandu teksi turut menunggu beliau di seberang jalan untuk memastikan beliau tidak membuat tempahan Uber yang lain.

Beliau cuba untuk membuat panggilan tetapi pemandu teksi itu telah bertindak dengan mengekori beliau.

Alice telah membuat aduan secara online kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pihak berkenaan juga telah memberikan respon terhadap aduan tersebut

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment