seismik

Anda Peminat Dim Sum? Hidup Anda Tak Sah Kalau Belum Cuba 16 Restoran Ini

Sedang mencari Squid Ink Dumpling di Kuala Lumpur, Mango Seafood Roll di Johor Bahru, atau Pot Stickers di Kota Kinabalu? Semuanya tersenarai di sini!

Cover image via Instagram @crmlle

1. Restoran MinMax, PNB Darby Park

Pilih daripada pelbagai hidangan tradisional seperti Har Gao (dumpling udang) dan Lor Mai Kai (pulut ayam dan cendawan). Bagi yang inginkan sedikit kelainan bolehlah mencuba bebola daging dalam sos masam manis, yang diserikan dengan udang kering dan daun kucai.

Alamat: Lot 2.1 Tingkat 2, PNB Darby Park, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 pagi – 3 petang, 6 petang – 11.30 malam (Isnin - Sabtu) | 9 pagi - 3 petang, 6 petang - 11.30 malam (Ahad)
No. Telefon: +603 2166 8669
Pork-free (menu mempunyai minuman beralkohol)

Image via Rebecca Saw

2. China Treasures, Pusat Konvensyen Sime Darby

Sesi menjamah di sini tidak sempurna tanpa mencuba hidangan istimewanya: Salted Egg Charcoal Bamboo Bun. Jangan gentar dengan warna hitamnya; kastard yang tersembunyi di dalam akan memenuhi segala impian para peminat tegar telur masin!

Alamat: Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 2.30 petang | 6.30 petang - 10 malam
No. Telefon: +603 2089 3788
Halal

Ikuti Pusat Konvensyen Sime Darby di laman webnya.

Image via Instagram @xulf

3. Celestial Court, Hotel Sheraton Imperial KL

Jika dilihat kepakaran dan ketelitian chef dalam menyediakan dim sum di sini, mungkin ada yang terasa hidangan di sini tampak lebih kepada karya seni daripada sarapan pagi. Lihat saja dumpling dakwat sotongnya yang membalut kemas kapis dan telur ikan. Jangan pulang sebelum mencuba wantan ikan kod dengan puri daun ketumbar!

Alamat: Tingkat 3, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 2.30 petang (Sabtu) | 10 pagi - 12 tengah hari, 12.30 tengah hari - 2.30 petang (Ahad & Cuti Umum)
No. Telefon: +603 2717 9302
Pork-free (menu mempunyai minuman beralkohol)

Ikuti Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur di Facebook | Instagram | Laman web

4. Restoran Harmoni, Hotel Bangi-Putrajaya

Minat kedua-dua jenis dim sum yang dikukus dan digoreng? Nikmati kesemuanya di Restoran Harmoni! Diserikan pula dengan pau-pau gebu, sayur segar, dan pencuci mulut, perkataan diet memang tiada maknanya di sini ;)

Alamat: Hotel Bangi-Putrajaya, Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 2.30 petang (Isnin - Sabtu) | 11 pagi - 2.30 petang (Ahad & Cuti Umum)
No. Telefon: +603 8210 2222
Halal

Ikuti Restoran Harmoni di Facebook | Laman web

Image via Projek Travel
Image via Projek Travel
Image via Projek Travel

5. Dolly Dim Sum, Avenue K & Nu Sentral

Restoran serba moden ini menjadi antara kegemaran warga kota KL, bukan sahaja kerana menunya yang menarik tetapi juga kerana hiasannya yang cukup chic! Natural lighting yang memenuhi ruang restoran pastinya dihargai para Instagrammer, sambil menikmati siu mai dan chee cheong fun mereka.

Avenue K: Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
+603 2181 3830
NU Sentral: LG43, Lower Ground Floor, NU Sentral Mall, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields
+603 2273 1450

Waktu Operasi: 11 pagi - 10 malam
Pork-free (hanya bekalan Halal digunakan tetapi menu mempunyai minuman beralkohol)
Ikuti Dolly Dim Sum di Facebook | Instagram | Laman web

6. Restoran Tung Yuen, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Peminat dim sum di Shah Alam tidak perlu travel jauh untuk menjamu selera! Restoran di Hotel Grand BlueWave ini lengkap dengan pelbagai pilihan, termasuk Salted Egg Dumpling, Vietnamese Spring Roll, dan Crispy Golden Pear Dumpling.

Alamat: Tingkat 1, Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Waktu Operasi: 11.30 pagi - 2.30 petang, 6 petang - 10.30 malam
No. Telefon: +603 5511 8811 ext 2619
Halal

Ikuti Hotel Grand BlueWave Shah Alam di Facebook | Instagram | Laman web

Image via FOOD Malaysia
Image via fatinbella.com
Image via fatinbella.com
Image via FOOD Malaysia
Image via fatinbella.com
Image via FOOD Malaysia

7. Eden, KLIA

Menunya yang tersendiri menjadikan Eden salah satu restoran favourite bila bercakap tentang dim sum. Bila singgah KLIA nanti, jangan lupa cuba dim sum premium yang disediakan seperti Lobster Dumpling dan Glutinous Abalone Dumpling.
Alamat: Lot 18A, Tingkat 5, Main Terminal Building, KLIA, 43900 Sepang
Waktu Operasi: 10 pagi - 2 petang
No. Telefon: +603 8787 3812
Pork-free (hanya bekalan Halal digunakan tetapi menu mempunyai minuman beralkohol)

Ikuti Eden di Facebook

Image via Groupon
Image via Groupon

8. Restoran Siang, Kompleks Beli Belah Sogo

Kebanyakan restoran dim sum mempunyai waktu operasi yang terhad, selalunya hanya pada waktu sarapan dan makan malam sahaja. Berbeza pula dengan restoran ini yang menyajikan dim sum sepanjang hari! Hidangan mesti cuba? Labu goreng bersalut telur masin!

Alamat: Tingkat 6, Kompleks Beli Belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
No. Telefon: +603 2618 1848
Pork-free

9. Restoran Toh Yuen, Kelab Eksekutif Klang

Bagi mereka yang kerap jalan-jalan cari makan di Klang, bolehlah mencuba restoran yang sudah bertahun-tahun menghidangkan dim sum ini. Bebola ikan kukus, kaki ayam bersos taucu, cucur keladi... semuanya ada di sini!

Alamat: Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang
Waktu Operasi: 10.30 pagi - 2.30 petang (Isnin - Jumaat) | 8.30 pagi - 2.30 petang (Sabtu & Ahad)
No. Telefon: +603 3344 3888
Pork-free

Ikuti Kelab Eksekutif Klang di Facebook

10. Greentown Dim Sum Cafe

Berada di bandar Ipoh? Mulakan hari dengan cara paling best sekali: dengan berbakul-bakul dim sum yang baru sahaja dikukus! Sebagai pencuci mulut, cubalah sepinggan tat telur (atau dua!).

Alamat: No 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 8 pagi - 9 malam (tutup pada hari Selasa)
No. Telefon: +605 255 2010 | +6012 569 8876
Halal

11. Restoran Tasty Wok, Kelab Venition

Dengan menu yang digubah khas oleh chef yang berasal dari Guangzhou, Restoran Tasty Wok diminati untuk hidangannya yang asli dan segar. Sarapan di sini tidak lengkap tanpa bubur daging dan juga bebola ubi keledek.

Alamat: Kelab Venition, Off Jalan Lintas (Lido-Kepayan), Penampang 88300 Kota Kinabalu Sabah
Waktu Operasi: 8 pagi - 12 tengah malam
No. Telefon: +6088 728 188/ +6088 729 199
Pork-free (hanya bekalan Halal digunakan tetapi menu mempunyai minuman beralkohol)

Ikuti Kelab Venition di Facebook | Instagram

12. The Asian Restaurant, Hotel Horizon Kota Kinabalu

Jika sesi dim sum anda tidak lengkap tanpa pau dan pot stickers, singgah sebentar di Hotel Horizon untuk menjamu selera. Chef-chef di sini juga gemar mengeksperimen dan telah menghasilkan pelbagai hidangan unik seperti kambing bersos kopi.

Alamat: Hotel Horizon Kota Kinabalu, Jalan Pantai, Pusat Bandar, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: 8 pagi - 2 petang (Isnin - Jumaat) | 7 pagi - 2 petang (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
No. Telefon: +6088 518 000 samb. 2508
Halal

Ikuti Hotel Horizon Kota Kinabalu di Facebook | Laman web

Image via Sabah Eats
Image via Sabah Eats

13. Restoran Meisan, Hotel Grand Margherita Kuching

Tidak kiralah jika anda lebih gemar udang badam dan pau ayam barbeku, atau fucuk digoreng rangup dan siu mai ayam; semuanya akan membuatkan anda tersandar kekenyangan selepas selesai makan di sini!

Alamat: Meisan Restaurant, Hotel Grand Margherita, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: 8 pagi - 2 petang (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sahaja)
No Telefon: +6082 423 111 samb. 1166
Halal

Ikuti Hotel Grand Margherita di Facebook | Instagram | Laman web

Image via Groupon
Image via Groupon

14. Restoran Szechuan Garden, Holiday Villa Alor Setar

Sambil menjamah bakul-bakul dipenuhi wantan, siu mai, pau dan sebagainya, pesan juga beberapa pinggan lauk untuk dikongsi! Lagipun, siapa yang tidak terpikat dengan kelazatan udang goreng mentega?

Alamat: Szechuan Garden Chinese Restaurant, Holiday Villa Alor Setar, Lot 162 & 163, Jalan Tunku Ibrahim, Bandar Alor Star, Mukim Kota Star, 05000 Kedah
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 2.30 petang | 7 malam - 10.30 malam
No. Telefon: +604 734 9999
Halal

Ikuti Holiday Villa Alor Star di Facebook | Laman web

15. Restoran Kai Xuan, Puteri Pacific Johor Bahru

Pernah cuba dim sum yang memadankan makanan laut bersama buah mangga? Itulah antara resipi menarik mesti-cuba di Restoran Kai Xuan. Peminat itik panggang juga pasti senang hati!

Alamat: Tingkat B1, Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru
Waktu Operasi: 11.30 pagi - 2.15 petang (Isnin - Sabtu) | 8.30 pagi - 2.15 petang (Ahad)
No. Telefon: +607 219 9390 | +607 219 9999
Halal

Ikuti Restoran Kai Xuan di Facebook | Laman web

16. Janimaru Dimsum, Restoran Tomato Klasik

Dim sum yang dihidangkan dalam suasana penuh santai ini menjadi snek yang perfect untuk sesi lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Apabila rancak berborak, sepuluh bakul dim sum pun mungkin tidak cukup! Berapa tinggi agaknya tindanan bakul anda apabila ke sini nanti? ;)

Alamat: Restoran Tomato Klasik (berhadapan Bank Islam), Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 7.30 malam - 12 tengah malam
No. Telefon: +6014 809 9903
Halal

Ikuti Janimaru Dimsum di Facebook

Sesi dim sum dah settle? Jom kita pekena kopi pulak! =)

You may be interested in: