Doktor Ini Sanggup Ubah Kerjaya Untuk Bantu Masyarakat Hidup Lebih Terjamin
Bina kerjaya stabil dan bermakna dengan AIA Elite Academy.
Artikel ini ditaja oleh AIA PUBLIC Takaful Berhad.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kerjaya sebagai doktor adalah profesion yang dipandang tinggi dan dihormati
Ramai antara kita mengimpikan kerjaya ini kerana tugas merawat dan mengubati pesakit dianggap mulia di sisi masyarakat.
Namun begitu, anda mungkin pernah mendengar ada dalam kalangan doktor yang terpaksa berkerja sehingga 14 jam sehari dan disebabkan komitmen masa ini, tugas sebagai doktor menjadi sebahagian besar daripada kehidupan mereka.
Kita juga dapat melihat realiti profesion ini bukannya semudah yang disangka. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Ada pengamal perubatan yang dilaporkan mengalami tekanan emosi, keletihan melampau (burn out) dan ada yang sudah melangkau breaking point.
Tetapi ini bukanlah alasan mengapa Wan Muhammad Nabil Mohd Daud, 34 tahun atau lebih dikenali sebagai Dr Nabil bertukar kerjayanya pada tahun 2018.
Selama 8 tahun pengalamannya merawat pesakit di klinik dan hospital kerajaan ditambah pula terpaksa menyampaikan berita buruk kepada waris pesakit telah memberikan kesedaran kepadanya tentang kepentingan menyediakan perlindungan kewangan yang sebaiknya untuk diri sendiri dan keluarga.
Selain itu, pada tahun 2014, anak sulungnya yang ketika itu masih bayi jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Kos rawatan yang terpaksa ditanggung merupakan peringatan awal baginya untuk membuat persediaan kewangan.
Secara peribadi Dr Nabil yang berkelulusan dari Moscow, Rusia ini merasakan terdapat banyak lagi yang boleh beliau lakukan untuk menyebarkan kepentingan perancangan kewangan dan perlindungan takaful kepada orang ramai.
“Tanggungjawab kami sebagai doktor berakhir apabila pesakit sembuh ataupun meninggal dunia. Tapi kesengsaraan yang ditanggung oleh waris lebih-lebih lagi dari segi kewangan akan berterusan. Banyak kes seperti ini berlaku dikalangan masyarakat kita hari ini dan saya rasa terpanggil untuk mengubah nasib mereka.”
“Dari hanya menyampaikan berita duka kepada seorang isteri atau anak, apa kata saya gunakan ilmu dan pengalaman saya untuk bantu mereka hidup lebih sihat, lebih terjamin. Mungkin dalam kesedihan itu saya boleh menyampaikan sesuatu yang menggembirakan,” kongsinya.
Tahun 2014 merupakan tahun bermulanya perjalanan beliau dalam bidang takaful. 4 tahun kemudian, beliau mengambil keputusan menukar kerjaya perubatannya untuk bergelar ejen atau lebih dikenali sebagai Perancang Hayat bersama AIA PUBLIC Takaful secara sepenuh masa.
Tepis kerisauan keluarga dengan kejayaan, teruskan usaha ubah persepsi masyarakat
Pada mulanya, kedua ibu bapa dan ahli keluarga Dr Nabil agak bimbang dengan keputusan yang diambil beliau kerana ia sesuatu yang baharu dan berbeza. Lebih-lebih lagi menceburi suatu cabang perniagaan yang dianggap mencabar berbanding jawatan bergaji tetap.
Namun disebalik kerisauan, mereka menghormati keputusan dan sentiasa mendoakan yang terbaik. Lama kelamaan Dr. Nabil mampu membuktikan bahawa kerjaya ini bukan sahaja memberi pulangan yang lumayan dari sudut kewangan tetapi juga suatu kerjaya yang bermakna dan memberi suatu kepuasan yang berbeza.
“Ramai yang bertanya macam mana saya dapat keberanian untuk tukar kerjaya. Boleh dikatakan big jump.
"Jawapan saya mudah. Kita kena tahu niat dan kenapa kita nak lakukannya. Buat kerana mahukan kepuasan untuk diri sendiri dan bukan orang lain. Sentiasa beranikan diri untuk cuba sesuatu yang baru dan melakukan perubahan," kongsinya.
Segala usaha, penat lelah Dr Nabil untuk mencapai misinya ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi isteri tercinta, Putri Mahirah Munatul Maknun Ahmad Mizanudin, 32 tahun untuk turut berkecimpung dalam bidang takaful ini bersama beliau pada tahun 2018.
Putri Mahirah dahulunya merupakan seorang wartawan penyiaran, penyampai berita dan penerbit yang berkhidmat di Bernama sepenuh masa.
Kesedarannya tentang kepentingan perlindungan takaful sebenarnya bermula lebih awal namun bertukar serius selepas bapanya meninggal dunia secara mengejut pada tahun 2018.
“Menghadapi realiti pengurusan harta pusaka keluarga menyebabkan saya tidak mahu melihat keluarga lain terpaksa melalui proses yang merumitkan hanya kerana terlepas pandang ilmu perlindungan kewangan dan perwarisan harta,” kongsinya.
Sejak itulah, beliau mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah suaminya berganding bahu membantu masyarakat membuat persediaan awal.
“Selepas kehilangan bapa tersayang juga, saya sedar apa tujuan hidup saya yang sebenar. Saya bersyukur kerana berkongsi matlamat yang sama dengan suami. Sebagai wanita yang juga seorang ibu, saya rasa seperti bertanggungjawab untuk membantu lebih ramai wanita diluar sana cakna perihal perancangan kewangan.
Saya ingin memperkasakan mereka untuk terus berdiri di atas kaki sendiri. Bagi saya, peluang manfaatkan ilmu bersama-sama itu sangat penting,” ujarnya lagi.
Pasangan suami isteri ini bukan sahaja bekerjasama sebagai ibu bapa di rumah malah juga satu pasukan dibawah agensi yang dibina bersama iaitu RWA Kaizen.
Bina pasukan 'Medi-Finance' sendiri yang terdiri daripada Perancang Hayat Elite
Dr Nabil kini mempunyai hampir 20 'anak buah' di bawah pasukannya yang rata-rata telah meninggalkan kerjaya 'kolar putih' mereka untuk bergiat aktif dalam bidang takaful.
'Medi-Finance' adalah terma untuk melambangkan pasukannya yang berkemahiran dan berkebolehan dalam bidang medical dan finance.
Apa yang menariknya adalah program perekrutan Perancang Hayat oleh AIA PUBLIC Takaful iaitu AIA Elite Academy (AEA) – insentif, modul pembelajaran dan latihan banyak membantu Pengurus Unit seperti Dr Nabil membina pasukan tersendiri yang professional, berkualiti dan diiktiraf di persada antarabangsa.
Program eksklusif selama 18 bulan yang pertama seumpamanya dalam industri insurans dan takaful di Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful, Elmie Aman Najas berkata AEA adalah program unik yang membantu menggilap bakat-bakat baru untuk cemerlang dalam bidang ini.
“Di AIA, kami menyediakan platform yang kukuh kepada rakyat Malaysia untuk membina kerjaya dan pendapatan stabil menerusi AIA Elite Academy.
Tahun lalu, kami berjaya merekrut seramai 4,600 Perancang Hayat baru, sekaligus memberikan peluang pekerjaan, terutamanya kepada mereka yang terkesan akibat pandemik dan pelaksanaan pelbagai fasa PKP di negara ini,” kata Elmie.
AEA yang dilancarkan pada awal 2019 merangkumi tiga pilihan program Elite Lite, Elite/Elite-Pro dan Elite Premier Leader yang mempunyai kriteria kelayakan tersendiri.
“Elite Lite adalah program selama enam bulan yang boleh disertai oleh mereka yang mencari sumber pendapatan kedua atau masih tidak yakin untuk meninggalkan kerjaya sedia ada. Ia menawarkan fleksibiliti untuk bekerja dari mana sahaja pada bila-bila masa serta bimbingan berstruktur melalui saluran pembelajaran digital kami,” jelas Elmie.
Perancang Hayat yang menunjukkan prestasi yang baik dan ingin mencari jawatan sepenuh masa, kemudian layak untuk menyertai pasukan Perancang Hayat Elite dengan mendaftar dalam program Elite/Elite Pro dan juga Elite Premier Leader yang akan membimbing mereka membina perniagaan dan merekrut pasukan mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, program ini juga menyediakan sokongan kewangan sebagai insentif kepada Perancang Hayat bermula dari RM3,000 hingga RM9,000 sebulan bergantung pada tahap produktiviti seseorang.
Tambah Elmie, pelaburan dilakukan pihaknya dalam teknologi dan digital itu memberi nilai tambah kepada kekuatan syarikat.
Ketika PKP 1.0, AIA PUBLIC Takaful merupakan pengendali takaful pertama di negara ini yang melancarkan 100 peratus proses jualan dan perekrutan tanpa bersemuka. Sekaligus memberi kemudahan kepada tenaga agensinya menguruskan aktiviti harian mereka dari jarak jauh.
"Perancang Hayat kami dapat melakukan proses penjualan termasuk berinteraksi dengan pelanggan yang dibuat sepenuhnya secara maya. 92 peratus Perancang Hayat Bumiputera kami berusia di bawah 45 tahun.
"Ini secara amnya membuatkan mereka lebih mahir secara digital dan sebilangan besar platform digital ini masih digunakan hingga ke hari ini sebagai sebahagian dari 'norma baharu' operasi kami," kata Elmie.
Diiktiraf Million Dollar Round Table (MDRT) selama 3 tahun berturut-berturut
Apa yang membezakan AIA PUBLIC Takaful juga adalah fokusnya dalam melahirkan Perancang Hayat yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Meraih pengiktirafan MDRT yang merupakan suatu standard kecemerlangan dalam sektor insurans dan perkhidmatan kewangan adalah matlamat setiap Perancang Hayat AIA.
Dalam masa kurang 2 tahun penglibatannya secara sepenuh masa dalam industri takaful ini, pelbagai anugerah telah dimenangi Dr Nabil termasuklah berjaya bergelar seorang ahli MDRT selama 3 tahun berturut-berturut dari tahun 2019.
Sementara itu, isterinya Putri Mahirah berjaya menempah nama sebagai ahli MDRT pada tahun 2020.
“Saya seorang yang sentiasa ingin perbaiki diri dan amat pentingkan proses pertumbuhan peribadi. Ini adalah satu penyebab saya “push” diri sendiri untuk pergi lebih jauh dengan izinNya. Alhamdulillah saya sendiri tidak sangka berjaya merangkul anugerah Court of The Table (COT) pada awal tahun ini,” kata Putri Mahirah.
Dr Nabil berkata beliau akan terus memimpin pasukannya menyebarkan kesedaran dan membantu masyarakat dari segi perancangan kewangan melalui perlindungan takaful.
“Saya berbangga kerana 2 Perancang Hayat Elite yang bernaung di bawah agensi saya kini juga merupakan ahli MDRT. Impian saya adalah untuk melahirkan lebih ramai ahli MDRT serta usahawan takaful yang berkualiti dan profesional dalam keluarga RWA Kaizen,” ujarnya.
Sehingga ke hari ini saya tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk bertukar kerjaya walaupun banyak kali berhadapan cabaran 'rejection' dari klien, rasa takut, dan pernah 'down' kerana meragui kebolehan diri sendiri.
“Bagaimana saya bangkit? Saya sentiasa pastikan saya dikelilingi individu yang positif, yang mendukung dan menyokong usaha kami serta memberi inspirasi untuk terus melangkah maju. Dan semua ini ada di AIA. Semua Perancang Hayat AIA tidak kira pangkat mahupun dari agensi yang berbeza, berkongsi matlamat, nilai dan semangat yang sama.” kongsinya lagi.
Masa berkualiti dengan keluarga juga lebih terjamin
Ketika masih bertugas sebagai seorang doktor, masa yang diluangkan bersama keluarga amatlah terhad kerana terikat dengan tanggungjawab dan masa kerja yang ditetapkan majikan.
“Saya kasihankan isteri saya yang terpaksa uruskan hal rumah tangga dan anak-anak seorang diri ketika itu. Pengurusan masa kami jadi kucar kacir dan ia juga menjadi salah satu penyebab utama saya beralih kerjaya.”
“Kini jadual waktu kerja kami jauh lebih fleksibel berbanding dahulu. Kami sendiri yang akan tentukan berapa jam dalam sehari diperuntukkan untuk berjumpa klien, sesi perbincangan pasukan dan sebagainya. Ia mengikut kelapangan waktu kami tetapi masih mengekalkan rutin untuk kekal produktif.
"Oleh disebabkan ini, kami berdua mendapat kepuasan melihat anak membesar di depan mata dan dapat melakukan aktiviti yang dahulunya mungkin perlukan perancangan yang lebih awal.
"Saya bersyukur kerana bukan sahaja diberikan peluang masa, kesihatan dan ilmu untuk mencapai kehidupan yang lebih bermakna tetapi juga membantu memperbaiki kehidupan masyarakat diluar sana melalui AIA PUBLIC Takaful,” ujar Dr Nabil.
Bagi yang berani mencuba sesuatu yang baru atau berhasrat menukar kerjaya yang memberikan masa kerja fleksibel, pendapatan stabil serta ganjaran menarik, AIA Elite Academy adalah jawapannya.